loading...

Avengers: Infinity War Pecah Rekod Filem Dunia, Berjaya Raih Kutipan RM2.4 Bilion Seminggu

Seperti yang dijangka, filem Avengers: Infinity War telah mendapat sambutan hangat pada hujung minggu pertama dengan jumlah kutipan sebanyak AS$630 (RM2.4 bilion) dan sekaligus mencatat pencapaian global tertinggi dalam sejarah perfileman.

Hanya selepas dua hari tayangannya, filem adaptasi komik Marvel ini telah mengutip $95 juta dengan Korea Selatan menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak $11.4 juta, diikuti Australia $10 juta dan UK sebanyak $8.9 juta.  Malaysia pula telah menyumbang sebanyak $2.8 juta kepada kutipan tiket filem dalam masa dua hari sahaja.

Avengers: Infinity War kali ini menampilkan lebih 20 ‘superhero’ yang telah diadaptasi komik terbesar Marvel dengan epik pertempuran besar dengan Thanos dan pengakhiran yang memberi impak kepada peminat tegar siri ini.

Pencapaian ini telah mendahului filem ‘The Fate of the Furious,’ sekuel kelapan siri aksi yang dibintangi Vin Diesel, Dwayne Johnson dan Michelle Rodriguez dengan kutipan sebanyak AS$530 juta (RM2 bilion) di seluruh dunia pada 2017.

Filem adaptasi Marvel ini turut memecahkan rekod pembukaan hujung minggu tertinggi di Amerika Utara dengan kutipan pecah panggung sebanyak AS$250 juta (RM978 juta) di Amerika Syarikat dan Kanada sekali gus menewaskan filem ‘The Force Awakes,’ daripada siri saga ‘Star Wars’ dengan kutipan pembukaan hujung minggu sebanyak AS$248 juta (RM971 juta) pada 2015.

Siakapkeli.my

Sumber: Forbes, KakiMuvee



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments