loading...

Kecoh kedai mamak di Sri Hartamas tertayang video tak senonoh

Kecoh di media sosial tentang sebuah restoran ‘mamak’ tertayang video ‘dewasa’ yang mengejutkan semua pelanggannya.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter itu menunjukkan para pelanggan terkejut sampai berdiri melihat adegan yang tidak ingin dilihat itu.

“Mamak salah play video. Kecoh” tulisnya yang memuat naik video tersebut pada jam 2.10 petang tadi dan telah dikicau semula lebih 5,000 kali.

Berdasarkan video berdurasi 28 saat itu, para pelanggan kecoh dan tidak kurang juga yang ketawa melihat insiden yang tidak disengajakan itu sebelum video itu dihentikan menyebabkan ada segelintirnya kecewa.

Menurut komen-komen netizen, kejadian itu berlaku di sebuah restoran di Sri Hartamas.

“Sekarang ni, mamak pun dah tak selamat. Ane pun dah jadi ***. Harap-harap tak kena r*b* ngan ane time lepak mamak nanti,” kata netizen.

Ada netizen menyarankan mana-mana individu yang berada di tempat kejadian itu membuat laporan atau aduan kepada pihak berkuasa kerana menjadi satu kesalahan menayang mahupun menyimpan video-video tidak senonoh.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments