loading...

10 Skim Cepat Kaya Paling Terkenal Di Dunia

Skim ponzi atau skim cepat kaya pertama diasaskan oleh Charles Ponzi, yang dari seseorang yang tidak dikenali menjadi jutawan Boston terkenal dalam tempoh enam bulan menggunakan skim sebegini pada 1920.
Skim Cepat Kaya Paling Terkenal Di Dunia

Keuntungan sepatutnya datang dari pertukaran kupon jawapan pos antarabangsa dengan dia menjanjikan 50% faedah (pulangan) keatas pelaburan dalam tempoh 45 hari atau “gandakan wang anda” dalam tempoh 90 hari.

Sekitar 40,000 orang melabur sekitar $15 juta kesemuanya (sekitar $150 juta dalam nilaian dolar 2006), akhirnya, hanya satu pertiga wang tersebut dipulangkan kepada mereka.

Selain skim Ponzi skim lain dalam sejarah termasuk:

1. Sindiket Franklin

Sebelum Ponzi, pada tahun 1899 William "520 Peratus" Miller membuka perniagaannya sebagai "Sindiket Franklin" di Brooklyn, New York.

Miller menjanjikan faedah 10% seminggu dan menggunakan sebahagian tema utama skim Ponzi seperti pelanggan melabur semula faedah yang mereka terima.

Dia menipu pelabur sebanyak $1 juta dan dihukum penjara selama 10 tahun. Apabila dia diampunkan dia membuka kedai runcit di Long Island.

Semasa penyiasatan Ponzi, Miller diwawancara oleh Boston Post untuk membandingkan skimnya dengan Ponzi's — pegawancara mendapati ia hampir serupa, tetapi Ponzi menjadi lebih masyhur kerana mendapat tujuk kali ganda wang.

2. Dona Branca

Antara 1970 dan 1984 in Portugis, seorang wanita yang dikenali sebagai Dona Branca mengekalkan skim yang membayar faedah 10% sebulan.

Pada tahun 1988 dia dipenjarakan selama 10 tahun dan sentiasa mendakwa bahawa dia cuma membantu orang-orang miskin, tetapi semasa perbicaraan terbukti dia menerima bayaran sebanyak 85 juta Euro.

3. MMM

MMM adalah syarikat Rusia yang muncul pada 1990-an dan dianggarkan antara 5-10 juta orang kehilangan semua wang simpanan mereka.

Skim ini menjanjikan pulangan antara 3,000 - 30,000 peratus setahun.

Kerugian dianggarkan antara 500 juta dolar sehingga 1.5 bilion dollar.

4. European Kings Club (EKC)

Pada musim gugur 1994, European Kings Club (EKC) runtuh, menyebabkan kerugian sekitar AS$1.1 bilion. Penipuan ini diketuai oleh Damara Bertges dan Hans Günther Spachtholz.

Dalam siri penipuan ini, hampir setiap 1 dari sepuluh orang dewasa melabur dalam EKC.

Penipuan ini adalah dengan cara membeli "surat" bernilai 1,400 francs yang membolehkan pembeli menerima bayaran selama 12 bulan sebanyak 200 francs sebulan. Organisasi ini berpangkalan di Gelnhausen, Jerman.

5. Yayasan Kedermawanan Era Baru

Pada Mei 1995, pendakwa raya Pennsylvania bertindak membekukan aset Yayasan Kedermawanan Era Baru dan menahan pengerusinya, John G. Bennett, Jr. Organisasi ini telah mengaut wang melebihi USD500 juta dari 1,100 penyumbang.

Ahlinya termasuk Palang Merah, percaya mereka terbabit di dalam program matching-gifts melalui New Era tetapi, sebenarnya ia adalah skim Ponzi.

Kerugian dianggarkan sekitar $135 juta.

6. Bennett Funding Group

Pada awal tahun 1996, SEC mengfailkan saman umum (civil action) terhadap Bennett Funding Group, pegawai ketua kewangannya (chief financial officer), Patrick R. Bennett, dan syarikat lain yang dikawal Bennett, berkait dengan skim Ponzi yang besar.

Syarikat itu secara menipu mengaut beratus juta dollar, dengan mengaku membeli jaminan sewa peralatan dan promissory notes.

7. Albania

Pada 1997 kerajaan Albania secara rasmi mengesahkan beberapa siri dana pelaburan skim piramid.

Apabila kegagalan tidak lagi dapat dielakkan, penduduk Albania yang kerugian hampir USD1.2 bilion, menunjuk perasaan di jalanan dalam pemberontakan yang menggulingkan kerajaan.

8. Reed Slatkin

Pada tahun 2000, skim Ponzi yang diuruskan oleh Reed Slatkin, paderi Gereja Saintologi, terbongkar apabila pegawai Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat menyedari bahawa Slatkin bukannya seorang penasihat pelaburan berlesen.

Reed Slatkin telah mengutip kira-kira AS$600 juta daripada lebih 500 orang pelabur kaya, dengan kebanyakan mereka merupakan tokoh-tokoh terkenal Hollywood.

9. Larry Toshio Osaki

Pada bulan Disember 2005, Larry Toshio Osaki yang mengendalikan sebuah skim Ponzi di Los Angeles, California dan terus menawarkan pelaburan-pelaburan palsu dalam "pemfaktoran" akaun belum terima, walaupun diperintahkan oleh seorang hakim persekutuan supaya menghentikan kegiatannya, dipenjarakan di penjara persekutuan selama 20 tahun.

Kerugian dianggarkan sebanyak USD200 juta dari lebih 1,000 pelabur.

Selain hukuman penjara, Hakim Stephen V. Wilson juga memerintahkan Larry supaya membayar AS$145 juta kepada mangsa-mangsanya.

10. SwissCash

Pada bulan Oktober 2006, dua individu terkenal di Malaysia, bersama-sama orang lain, ditahan oleh pihak berkuasa kerana mengendalikan SwissCash atau Dana Bersama Switzerland (1948) yang dikatakan bersifat komplot.

SwissCash menawarkan pulangan sehingga 300% dalam tempoh pelaburan selama 15 bulan.

Difahamkan skim pelaburan haram itu menerima deposit antara RM380 juta dan RM3.8 bilion daripada kira-kira 100,000 pelabur Malaysia.

Pelaburan HYIP tersebut ditawarkan kepada warganegara Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dengan penganjur skim ini mendakwa bahawa dana-dana pelabur disalurkan kedalam perniagaan yang merangkumi cari gali minyak, perkapalan dan pertanian di Caribbean.

Syarikat ini mendakwa bahawa mereka berpusat di New York dan diperbadankan di Dominica.

BACA INI JUGA: Skim Cepat Kaya 'Pak Man Telo' Yang Pernah Menggegar Malaysia!

sumber: wikipedia



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments