Sejak kebelakangan ini, artis serba boleh Zulin Aziz sering mendapat perhatian ramai selepas dipuji kelihatan lebih ramping dan berjaya menurunkan berat.
Terbaru menerusi laman Twitter, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkongsi pengalaman sekaligus dapat memberi motivasi kepada mereka yang menghadapi perkara sama.
Menurut artis berusia 31 tahun itu, apa yang paling panting adalah perlu mencintai diri sendiri dan tidak boleh malas dalam usaha bagi mendapat fizikal yang diimpikan.
“Kita bukan tak boleh, tapi kita malas. Saya diketawakan orang. Saya ‘down’ tapi apa saya buat, saya usaha. Saya tak pernah jemu berusaha,” katanya.
Zulin yang juga bekas penyampai radio Suria FM berkata, beliau pernah diejek memiliki wajah seperti ‘makcik’ walaupun baru berusia 20-an sewaktu itu.
Tambah Zulin, beliau mengakui azam tahun ini berjaya dicapai selepas mengambil masa bertahun-tahun untuk melakukan pelbagai usaha tersebut.
“Sebab saya sayang diri saya, saya manjakan diri saya. Saya usaha macam2. Saya tau sakitnya duduk di masa silam.
“Ini azam saya tahun 2020, alhamdulillah berjaya. Bertahun saya usaha, gagal bangun gagal bangun balik. Sekarang saya cuma kena kuat untuk terus berdiri,” ujarnya.
Sumber : Zulin Aziz
Sumber: Pernah diejek muka ‘makcik’, sekarang Zulin Aziz dah cantik!
0 Comments