loading...

Budak hidap barah otak & lumpuh badan dilaporkan meninggal dunia

Seorang kanak-kanak, Nurul Adira Asheera Abdullah yang dipercayai menghidap barah otak dan lumpuh seluruh anggota badan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Teluk Intan pagi tadi.

Menerusi laman Facebook, rakan kepada ibu Allahyarham memuat naik sebuah posting memaklumkan berita duka itu kepada orang ramai yang telah sudi menghulurkan sumbangan sebelum ini.

Az Niena berkata, ibu Allahyarham turut berterima kasih kepada semua yang sudi mendoakan Adira sehingga kanak-kanak berusia tujuh tahun itu menghembuskan nafas terakhir.

Assalamualaikum…saya Nina kawan kepada ibu Nurul Adira Asheera Binti Abdullah Neyna Aat ingin memaklumkan bahawa…

Posted by Az Niena on Tuesday, June 16, 2020

“Assalamualaikum, saya Nina kawan kepada ibu Nurul Adira Asheera Abdullah iaitu Neyna Aat ingin memaklumkan bahawa Nurul Adira telah kembali kerahmatullah sebentar tadi..
“Mohon kongsi untuk semua dapat maklumat ni.. terima kasih pada semua yang tak putus2 berdoa buat Adira dan keluarga serta tak lupa juga pada semua yang sudi bagi sumbangan buat Adira,” tulisnya.

Terdahulu, Az Niena berkongsi sebuah posting yang memohon bantuan orang ramai untuk keperluan Allahyarham seperti susu dan lampin pakai buang.

Assalamualaikum…Adik Nurul Adira Asheera Binti Abdullah m'merlukan bantuan susu jenama Pediasure dan pampes untuk…

Posted by Az Niena on Monday, June 8, 2020

Ada kebaikan juga cannabis ni ‼️ ADIK NURUL ADIRA…SHARE Sampai ke Telinga PAK MENTERI! 3.19 pm 9/6/2020, sy…

Posted by FISZ MAN IN BLACK on Wednesday, June 10, 2020

Assalammualaikum sahabat yg dirahmati Allah Azzawajjala..Semoga kita semua sihat dan sentiasa mengamalkan norma…

Posted by Puan Lyeza Arasad on Tuesday, June 16, 2020

Sumber : Facebook , Az Niena



Sumber: Budak hidap barah otak & lumpuh badan dilaporkan meninggal dunia

Post a Comment

0 Comments