loading...

“Tak perlu teka baby boy atau girl..” – Fazura umum jantina bayi selepas bersalin

Pelakon jelita Fazura dan suaminya, Fattah Amin mengambil keputusan untuk tidak mengumumkan kepada peminat mengenai jantina cahaya mata pertama mereka sehingga bayi dilahirkan.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin menjelaskan perkara tersebut menerusi Instastory yang dikongsi semula daripada pengurusnya, Iman Tang ketika ditemubual oleh wartawan.

Menurut pelakon berusia 36 tahun itu, orang ramai tidak perlu berteki-teki mengenai jantina zuriat tersebut sebaliknya hanya memohon doa supaya dia dan bayi dalam keadaan selamat.

“Tak perlu teka bayi lelaki atau perempuan okey semua? Kami sebagai bakal menjadi ibu bapa pilih untuk tak buat apa-apa pengumuman sehingga bayi lahir.
“Mohon doakan bayi sihat dan Faz selamat melahirkan nanti. Itu harapan utama kami. Sayang semua,” katanya.

Terdahulu, Fazura didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan berikutan dakwaan melanggar kontrak bagi mempromosikan produk kecantikan dan kesihatan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sumber : Fazura



Sumber: “Tak perlu teka baby boy atau girl..” – Fazura umum jantina bayi selepas bersalin

Post a Comment

0 Comments