Salah satu simbol penting yang sering dipandang remeh pemandu dan penunggang ialah lintasan pejalan kaki, juga dipanggil zebra crossing.
Jarang pemandu atau penunggang akan berhenti untuk memberikan laluan kepada pejalan kaki yang sedang menunggu di tepi jalan kecuali jika ada lampu isyarat, begitu juga pejalan kaki yang masih keliru dengan penggunaannya.
Berikut kami kongsikan maksud sebenar warna jalur Zebra Crossing.
Jalur Warna Putih
Jika ternampak lintasan belang pejalan kaki berwarna PUTIH, ini bermaksud anda sebagai pemandu kenderaan, tidak kira memandu motosikal, kereta atau apa-apa jenis kenderaan, WAJIB untuk berhenti bagi memberikan peluang kepada pejalan kaki untuk melintas jalan.
Jalur Warna Kuning
Sekiranya anda ternampak lintasan belang berwarna KUNING, anda kena melihat siapa yang sampai dahulu dan paling dekat dengan lintasan belang kuning itu.
Jika pejalan kaki yang sampai dahulu, anda sebagai pemandu yang WAJIB berhenti dan jika kenderaan yang sampai dahulu, pejalan kaki WAJIB menunggu kenderaan melalui lintasan kuning itu.
Oleh yang demikian, sebagai pemandu dan pengguna jalan raya, haruslah sama-sama sentiasa berhati-hati apabila menghampiri dan menggunakan lintasan-lintasan ini.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: ptmk
Sumber : Ketahui Maksud Garisan Kuning Dan Putih Di Laluan Melintas Pejalan Kaki
0 Comments