
Selalunya kita melihat penghantar makanan FoodPanda menggunakan motorsikal, untuk bergerak ke rumah pelanggan bagi menghantar pesanan makanan.
Namun, lain pula dengan seorang penghantar makanan ini apabila dia berjalan kaki untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.
Menerusi perkongsian di Facebook, beberapa foto penghantar makanan itu telah tular. Difahamkan, penghantar makanan yang berjalan kaki ini digelarkan sebagai ‘Walker’.
Ini adalah walker… Food delivery yang berjalan kaki untuk menghantar makanan dalam range 2km dari restoran.A for…
Posted by Sarawak Roads Update on Wednesday, July 15, 2020
Mereka akan berjalan kaki untuk menghantar makanan dalam jarak 2 kilometer daripada restoran atau kedai-kedai makanan yang menggunakan perkhidmatan FoodPanda.
Kegigihan ‘walker’ ini disifatkan sebagai sangat cekal dan gigih dalam mencari rezeki yang halal, meskipun penatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Sumber : Sarawak Roads Update
Sumber: Tular foto abang FoodPanda jalan kaki buat ‘delivery’, dipuji cekal cari rezeki
0 Comments