loading...

Acah2 baik, watak ‘Nurul Ain’ drama 7 Hari Mencintaiku 2 terus dibenci netizen

Drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 benar-benar menjadi fenomena dalam kalangan pencinta drama Melayu. Drama yang mengetengahkan isu kekeluargaan ini sudahpun berada di klimaks penceritaan apabila timbul watak-watak yang tidak terjangka.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu watak Nurul Ain yang dimainkan oleh artis baru, Wafareina Roslan apabila teruk dikecam netizen kerana karakter  ‘acah alim’ yang dibawa begitu menjadi.

Rata-rata mereka bengang dengan watak Nurul Ain itu yang terlihat ayu namun cuba menjadi orang ketiga dalam perhubungan Mia Adriana dan Khuzairi (lakonan Siti Salehah dan Shukri Yahaya) selepas mendapat sokongan daripada Mak Leha.

Menurut salah satu muat naik di Twitter oleh seorang penonton drama tersebut dikenali sebagai zatulamelin, wanita seperti Nurul Ain ini sangat bahaya kerana berwajah baik namun penuh dengan muslihat.

Menerusi komen-komen di Twitter,  rata-rata netizen begitu geram dengan watak yang dibawa Wafariena itu kerana berlagak seolah-olah ingin menjadi sebahagian daripada keluarga Pak Samad namun sebenarnya mahu merebut Khuzairi daripada Mia.

Walaupun sekadar watak dalam drama, nyata lakonan pelakon baharu itu benar-benar menjadi sehingga dibenci netizen yang menonton drama rantaian tersebut di TV3.

Sumber : zatulamelin, wafarienaroslan



Sumber: Acah2 baik, watak ‘Nurul Ain’ drama 7 Hari Mencintaiku 2 terus dibenci netizen

Post a Comment

0 Comments