loading...

Covid-19: Kes turun naik, hanya 1 sahaja kes positif baharu dilaporkan hari ini

Walaupun tiada sidang media laporan perkembangan Covid-19 di Malaysia pada hari ini, namun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Ketua Pengarah kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham tetap juga memuat naik laporan semasa di akaun media sosial.

Walaupun kes positif Covid-19 di Malaysia sejak kebelakangan ini mengalami gelombang tak menentu, namun pada hari ini, hanya 1 kes positif baharu dilaporkan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Dr Noor Hisham menerusi muat naik beliau di akaun Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.

Hal ini hanya 1 kes sahaja dan perkara tersebut menjadikan bilangan kes positif keseluruhan di Malaysia sejak awal PKP sebanyak 9002. Namun begitu, tiada kematian direkodkan dan jumlah kes kekal sebanyak 125.

Sedar tidak sedar jumlah pertambahan kes pada hari ini adalah yang terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakkan dilaksana pada pertengahan Mac sehingga kini.

Satu kes yang dimaklumkan itu merupakan kes tempatan dan sebanyak 16 kes dinyatakan sudah sembuh serta dibenarkan discaj daripada hospital.

Pada hari ini juga, tiada pesakit ditempatkan di wad ICU dan tidak ada juga pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan kerana pendemik Covid-19.

Sumber: KKM, Dr Noor Hisham



Sumber: Covid-19: Kes turun naik, hanya 1 sahaja kes positif baharu dilaporkan hari ini

Post a Comment

0 Comments