loading...

Masih teruskan adat diraja, majlis ‘Jejak Tanah’ anak Sarimah Ibrahim dipuji netizen

Siapa yang tidak kenal dengan pesonaliti dan juga pengacara TV popular, Che Puan Sarimah Ibrahim yang sangat ceria apabila mengendali sesuatu rancangan.

Pada April 2015, Sarimah telah pun melangsungkan perkahwinan dengan kerabat Negeri Sembilan iaitu cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar.

Selepas berkahwin beberapa tahun, Sarimah dan Tunku Jamie telah menimang cahaya mata pertama mereka pada tahun lepas yang diberi nama Tunku Sofia Najihah.

Selepas usia Tunku Sofia Najihah lebih setahun, Che Puan Sarimah telah memuat naik gambar mengadakan istiadat Jejak Tanah  buat puteri sulungnya  mengikut ada Di Raja Negeri Sembilan.

Menurut pengacara itu lagi, istiadat tersebut sepatutnya dijalankan pada beberapa bulan yang sudah, namun terpaksa ditangguhkan kerana Perintah Kawalan Pergerakkan yang berlaku.

Namun begitu, Sarimah tetap bersyukur kerana Istiadat tersebut berjalan dengan lancar atas bantuan keluarga.

Sehubungan dengan muat naik mengenai Istiadat Jejak Tanah itu, rata-rata warganet berasa seronok melihat perkongsian yang dibuat oleh Che Puan Sarimah kerana masih mengekalkan adat tradisi Diraja.

Mereka juga turut memuji kecomelan Tunku Sofia Najihah yang sudah pun berusia lebih setahun.

Sumber: Sarimah Ibrahim



Sumber: Masih teruskan adat diraja, majlis ‘Jejak Tanah’ anak Sarimah Ibrahim dipuji netizen

Post a Comment

0 Comments