Selepas menerima gelaran Tan Sri beberapa hari yang lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sekali lagi mendapat pengiktirafan negara apabila dijulang menjadi Tokoh Maal Hijrah 1442 peringkat kebangsaan.
Hal ini dinyatakan sendiri menerusi media sosial Menteri Di jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri.
Tokoh Maal Hijrah 1442H Peringkat Kebangsaan
Tan Sri Dato’ Seri Dr. @DGHishamTokoh Maal Hijrah 1442 Peringkat Antarabangsa
Fadhilatul Imam Al-Akbar Syeikh Dr. Muhammad Ahmad Al-Toyyib pic.twitter.com/82SC9BoiSq— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) August 19, 2020
Penganugerahan tersebut adalah menilai dan meneliti dari segenap sudut melihat daripada usaha beliau dalam menjadi peneraju membanteras pendemik Covid-19 di Malaysia sejak awal tahun ini.
Selain daripada itu, Tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa pula telah disandang oleh Fadhilatul Imam Al-Akbar Syeikh Dr. Muhammad Ahmad Al-Toyyib.
Muat naik tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata mengucapkan tahniah diatas pengiktirafan tersebut.
Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah!
Sumber : Dr Zulkifli Al Bakri
Sumber: Tan Sri Dr. Noor Hisham diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah 2020/1442
0 Comments