loading...

Busana bersanding ‘simple’ & klasik, pasangan pengantin raih pujian netizen

Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial berkenaan gambar-gambar busana pengantin yang sangat cantik dari butik pengantin Teh Firdaus.

Pasangan pengantin yang dikenali sebagai Arif Azmi dan Tengku Ameeraa ini telah mengenakan busana pengantin klasik dari butik Teh Firdaus dengan memilih warna biru muda yang sangat cantik untuk digayakan pada hari persandingan mereka.

Walaupun majlis tersebut sudah berlangsung lebih dari sebulan yang lepas, namun busana pengantin yang digayakan mereka kembali menjadi bualan seleapas pihak butik memuat naiknya kembali di media sosial.

Pasangan ini selamat diijab kabul pada 20.8. 2020 dan melakukan persandingan beberapa hari selepas majlis akad nikah berlangsung.

Hal tersebut dikongsikan sendiri pengantin di Instagram masing-masing sebagai tanda kenangan hari bahagia mereka.

Justeru itu, menerusi komen daripada Facebook Teh Firdaus, ramai yang memuji busana pengantin pasangan tersebut yang sangat indah dipandang.

Netizen yang masih lagi bujang turut memaklumkan bahawa rekaan sebegitu menjadi inspirasi buat orang ramai untuk digayakan pada hari bahagia mereka suatu hari nanti.

Sumber: Teh Firdaus, Arif Azmi, Tengku Ameeraa



Sumber: Busana bersanding ‘simple’ & klasik, pasangan pengantin raih pujian netizen

Post a Comment

0 Comments