loading...

Genap usia 25 tahun, Tengku Hassanal terima ucapan Selamat Hari Keputeraan

Hari ini merupakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-25 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Oleh hal yag demikian, menerusi Instagram rasmi Malaysia Royal Family, warganet telah mulai membanjiri ucapan tersebut dengan mendoakan kesejahteraan KDYMM Tengku Hassanal.

Baginda yang amat disayangi rakyat Pahang sememangnya merupakan seorang yang sangat prihatin kepada masyarakat sama seperti KDYMM Baginda Agong.

Tengku Hassanal merupakan Tengku Mahkota Pahang merangkap Pemangku Raja Pahang selepas KDYMM Al-Sultan Abdullah bertakhta sebagai YDP Agong pada 2019.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan selamat menyambut hari keputeraan buat Tengku Hassanal.

Mereka juga mendoakan agar Pemangku Raja Pahang itu terus diberi kesihatan yang baik dan berada dalam keadaan sejahtera di bawah lindungan Allah S.W.T

Sumber: Malaysia Royal Family



Sumber: Genap usia 25 tahun, Tengku Hassanal terima ucapan Selamat Hari Keputeraan

Post a Comment

0 Comments