Walaupun sudah sarat mengandung cahaya mata pertama, Emma Maembong dilihat masih lagi gigih turut ke set pengambaran bagi melunaskan baki drama yang dibintangi olehnya.
Menerusi perkongsian pelakon wanita itu di Instagram, dia telah menyatakan cabaran yang dihadapi ketika sedang berada di set pengambaran ketika kandungannya sudah sarat.
Menurut Emma, secara tiba-tiba bayi di dalam kandungannya aktif dan perutnya terasa mengeras. Situasi panik itu agak menyakitkan namun itulah pengorbanan yang perlu ditempuh untuk bergelar seorang ibu.
Menerusi video yang disertakan Emma, dia kelihatan menahan sakit dengan duduk sebentar di kerusi sambil menggosok-gosok perutnya.
Tambahnya lagi, selepas berehat sebentar, dia berasa kondisi diri semakin pulih dan menyambung kembali tugasan untuk drama yang dibintangi itu.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen agar Emma banyakkan berehat kerana terlihat semakin sarat.
Mereka juga mendoakan agar urusan Emma sewaktu bersalin nanti dipermudahkan dan berharap pelakon itu terus kuat menempuh dugaan sebagai ibu mengandung.
Sumber: Emma Maembong
Sumber: Perut mengeras ketika ‘shooting’, netizen minta Emma Maembong banyakkan rehat
0 Comments