Baru-baru ini, heboh diperkatakan mengenai desas-desus sindiket pelacuran kelas atasan yang melibatkan beberapa artis Malaysia.
Turut terkait sama adalah nama pelakon cantik, Chacha Maembong sekali gus perlu tampil menjelaskan dakwaan tersebut.
Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 24 tahun itu menafikan sama sekali dirinya terlibat dalam sindiket tersebut yang dibayar antara RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu malam.
Adik kepada pelakon Emma Maembong itu berkata, semua tuduhan dilemparkan kepadanya termasuk ada yang mengatakan dia juga turut terbabit dalam Macau Scam adalah satu fitnah.
“Saya bekerja dari dulu sampai sekarang memang cari rezeki. Orang nak cakap apa dan fitnah macam-macam, teruskan. Satu hari akan terbukti juga. Semalam keluar gosip kaitkan nama saya dalam skandal RM40,000…”
“Kalau betul, saya tak perlu berlakon dan kerja. Tapi itulah, semua itu mulut orang dan kaitkan dengan perangai saya dulu. Apabila saya sudah berubah pun, orang tetap kaitkan lagi dengan perangai lama saya…”
Tambah pemilik nama Siti Aisyah Ismail itu, tuduhan tersebut telah menjejaskan kerjaya, perniagaan dan nama ahli keluarga lain yang kononnya mendakwa dia turut melakukan penipuan dan kegiatan haram.
Jelas pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu, dia sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh dirinya terbabit dalam aktiviti Macau Scam.
Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)
Sumber: Dari dulu cari rezeki, Chacha Maembong nafi terbabit sindiket pelacuran
0 Comments