loading...

Fazura & Fattah Amin pilih nama Nur Fatima Aisya buat puteri sulung tersayang

Selepas seminggu melahirkan anak perempuan, selebriti cantik, Nur Fazura telah mendedahkan nama puteri sulungnya di Instagram @Fattzuralovelife.

Memilih nama Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah, bayi perempuan yang lahir pada hari Jumaat 2 Oktober lepas terlihat sihat dan comel di dakapan Fazura.

Menerusi perkongsian video tersebut juga, terlihat Fatima sedang lena sambil dibelai ibunya. Jadi, Fazura dan Fattah Amin memilih untuk mengelakkan dahulu bayi mereka daripada pendedahan di media sosial.

Sehubungan dengan perkongsian nama dan sosok Fatima di Instagram, rata-rata warganet telh meninggalkan komen yang pelbagai di muat naik tersebut.

Mereka juga mendoakan agar Fatima membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.

Sumber: Fazuralovelife



Sumber: Fazura & Fattah Amin pilih nama Nur Fatima Aisya buat puteri sulung tersayang

Post a Comment

0 Comments