Baru-baru ini, semasa sidang media harian perkembangan Covid-19 yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri r Noor Hisham Abdullah mengakui bahawa dirinya juga terasa letih.
Walau bagaimanapun, perkara tersebut langsung tidak menjejaskan semangat beliau untuk terus memimpin petugas kesihatan yang merupakan barisan hadapan dalam melawan pandemik yang melanda negara kita.
Oleh hal yang demikian, Pakar-Pakar Psikiatri di Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental KKM telah menghadiahkan Dr Noor Hisham sejambak bunga dan serangkap pantun sebagai tanda sokongan kepada beliau.
Sejambak bunga dan pantun tersebut telah diserahkan di pejabat Dr Noor Hisham dan dimuat naik oleh salah seorang petugas bahagia, Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental KKM di laman Facebook MOH PSYCHIATRISTS.
Ketua Pengarah Kesihatan juga telah memuat naik kembali perkongsian tersebut di Facebook rasminya dengan mendoakan agar urusan kita semua dipermudahkan dan terus sama-sama berusaha juga bertawakal kepada Allah S.W.T dalam menghadapi dugaan yang hebat ini.
“Semoga dipermudahkan Allah SWT marilah kita berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal kepada Allah SWT.” –Dr Noor Hisham.
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Facebook Dr Noor Hisham dengan memberikan kata-kata semangat kepadanya dan juga petugas kesihatan yang lain.
Mereka juga mendoakan agar semua wira-wira negara terus kuat dan tabah berhadapan dengan musuh tidak nampak ketika ini. Semoga negara cepat bebas daripada pandemik yang menular sejak awal tahun 2020 ini.
Sumber: MOH PSYCHIATRISTS, Dr noor Hisham Abdullah
Sumber: “Kita jaga kita, kita jaga Tan Sri.” -Pantun Pakar2 Psikiatri KKM buat DG Hisham
0 Comments