loading...

Semua pawagam di Malaysia akan ditutup buat sementara pada November ini

Pengusaha pawagam di Malaysia, Persatuan Pameran Filem Malaysia (MAFE), telah membuat keputusan untuk menghentikan sementara operasi di semua pawagam mereka di seluruh negara. Tindakan ini akan dilakukan pada bulan November, sehingga diberitahu kelak.

Menurut kenyataan media dari MAFE yang dipetik daripada The Star, keputusan ini diambil setelah penutupan pawagam kali kedua kerana Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) dan juga kekurangan filem masuk ke pawagam.

Penurunan kemasukan filem ke pawagam di tengah pandemik ini membuatkan industri pawagam Malaysia mengalami kerugian pendapatan yang agak teruk sehingga 90% dari tahun ke tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas Koh Mei Lee berkata kepada The Star bahawa industri pawagam mengalami kerugian yang sangat bersar berbanding keuntungan yang diperoleh pada tahun lalu.

“Industri ini mengalami kerugian sebanyak RM1.3 juta sehari iaitu  sebanyak RM475 juta pada tahun 2020, dibandingkan dengan keuntungan RM102 juta pada tahun 2019.” Katanya.

Ia turut disetujui oleh pengurus umum penjualan dan pemasaran untuk TGV Cinemas, Mohit Bhargava. Mohit memaklumkan  sejak kembali beroperasi pada 1 Julai selepas tiga bulan penutupan, pihak mereka mengalami kerugian yang teruk.

Namun, PKPB yang baru dilaksanakan, sekali lagi memberi tekanan yang sangat hebat buat mereka.

“Sejak pawagam dibuka semula pada 1 Julai setelah penutupan tiga bulan penuh, kami telah mengalami kerugian pendapatan dalam tempoh tersebut.”

“Industri telah menunjukkan beberapa tanda pemulihan, tetapi PKPB yang paling baru ini memberi tekanan besar  semula kepada operasi kami.” Tambahnya.

Sehubungan dengan itu, naib presiden MAFE, Cheah Chun Wai, menyatakan kepada The Star bahawa mereka terpaksa membuat keputusan penutupan sementara operasi tersebut berikutan keadaan yang semakin mencabar. 

Setakat ini, GSC hanya menutup operasinya untuk bulan November. Namun, mereka merancang untuk memulakan semula operasi pawagam pada bulan Disember.

Walau bagaimanapun, pengendali lain pula akan memantau keadaan ketika ini untuk membuka kembali pawagam, melihat daripada keadaan semasa pada masa akan datang.



Sumber: Semua pawagam di Malaysia akan ditutup buat sementara pada November ini

Post a Comment

0 Comments