loading...

“Siap ada nanah di mata…” – Baru hajat buat ‘come back’, sakit Karl Shafek menyerang kembali

Lama tidak muncul di kaca televisyen, pengacara dan pelakon, Karl Shafek, berkata ketiadaannya adalah disebabkan oleh masalah kesihatan yang dialaminya.

Jelas Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 40, dia awalnya mengalami kemurungan gara-gara perniagaannya ditipu serta disantau.

Namun, baru seminggu berhasrat mahu membuat kemunculan semula dalam bidang seni, menerusi perkongsian terbaru di Instagramnya memaklumkan sakitnya kembali semula.

Menerusi beberapa gambar yang dimuat naik pelakon, memaparkan keadaan mata kirinya yang kelihatan bengkak dan kemerah-merahan.

“Sekali tak ada amaran apa-apa dia mai singgah mata kiri pula. Sembilan bulan lepas mata kanan. Pagi tadi bangun tidur siap ada nanah dalam mata…”

Karl memberitahu dia juga menghidap penyakit autoimun yang merupakan keadaan sistem imunisasi badan tidak normal di mana antobodi menyerang tisu-tisu badan.

Meluahkan berasa letih terpaksa melawan penyakit yang kerap kali menyerang, Karl mengambil keputusan untuk berehat sehingga tahun hadapan.

Dalam pada itu, ramai dalam kalangan rakan-rakan artis dan pengikut di Instagram tidak putus memberikan doa dan kata-kata semangat agar dia terus cekal menghadapi dugaan Allah ini.

Sumber : Karl Shafek



Sumber: “Siap ada nanah di mata…” – Baru hajat buat ‘come back’, sakit Karl Shafek menyerang kembali

Post a Comment

0 Comments