Semalam, pihak kerajaan telah membentangkan intipati Belanjawan 2021 yang disampaikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Bagaimanapun, selain daripada intipati 2021 yang diambil kira, penampilan Tengku Datuk Zafrul juga menjadi perhatian dalam kalangan warganet.
Jika kebiasaannya menteri terdahulu membawa beg bimbit hitam, tetapi Tengku Zafrul memecah tradisi dengan membawa beg kelabu ke parlimen.
Bukan itu sahaja, busana baju Melayu rona ‘dusty blue’ dan sampin yang digayakan daripada tenunan Pahang Diraja yang dihasilkan penghuni Penjara Penor, Pahang turut mendapat pujian warganet.
Malah, ada juga dalam kalangan warganet membincangkan mengenai jam tangan model G-Shock yang digayakan Tengku Zafrul, dianggarkan berharga sekitar RM300 hingga RM500.
Rata-rata warganet suka dengan penampilan muda dan segar daripada Tengku Zafrul, membuatkan figura tersebut kelihatan lebih bergaya dengan imej yang tersendiri.
Sumber : Gempak (Zulaikha Yusof)
Sumber: Bentang Belanjawan 2021, warna baju Melayu & jam G-Shock Tengku Zafrul jadi perhatian
0 Comments