Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani sememangnya dikenali sebagai artis yang mempunyai banyak fakta unik mengenai dirinya sehingga menjadi bahan hiburan netizen.
Terbaru, pelakon berusia 30 tahun itu mendedahkan pernah mengalami kesusahan apabila terpaksa pergi ke sekolah dengan menaiki van tambang berkali-kali yang dipanggil ‘angkot’ sebelum sampai ke destinasi.
Kisah tersebut dikongsi Nia atau nama penuhnya Prianti Nur Ramadhani menerusi program Nyonya Boss yang ditayang pada 15 November lalu.
“Ibu saya sudah malas hantar, akhirnya kena naik van tambang. Kamu tahu tak perjalanan dari rumah saya untuk pergi menimba ilmu itu sangat sukar?,”
“Dari rumah saya harus berjalan kaki untuk naik van sampai ke Pondok Labu, kemudian tukar lagi ke van warna putih ke Stadion Lebak Bulus. Di situ ada bas mini dan terus sampai ke Pondok Indah,” katanya.
Mengimbau kehidupan lalu yang cukup sukar, pelakon drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih itu berpesan kepada penonton agar terus berusaha bagi merasai kesenangan apabila tiba masanya nanti.
Sumber: Kapan Lagi
Sumber: Nia Ramadhani dulu hidup susah, kena naik van pergi sekolah
0 Comments