Berkahwin dan menjadi seorang ibu diusia muda bukanlah satu penghalang untuk wanita berjaya atas usaha sendiri. Sudah tentu kisah perjalanan tersebut akan menjadi panduan kepada wanita-wanita lain diluar sana.
Hal ini samalah seperti kisah inspirasi daripada pengasas Noir Health & Beauty, Puan Eriyca Baiduri yang bergelar jutawan hasil daripada kejayaan perniagaan kecantikkan beliau yang sememangnya sudah terkenal di Malaysia.
Berkahwin diusia awal 20an dan mempunyai tiga orang cahaya mata, Puan Eriyca Baiduri atau mahu dikenali sebagai Madammu, 30 telahpun berjaya melebarkan empayar perniagaannya.
Ibu kepada dua orang puteri dan seorang putera, Madammu langsung tidak memandang ke belakang lagi setelah perniagaan kecantikkan yang diasaskan bermula dari rumah kini mampu membina jenama sendiri.
Dalam memacu kejayaan, Madammu sama sekali tidak membelakangkan keluarga apabila masih meluangkan masa bersama anak-anak dan suami walaupun sentiasa sibuk dengan urusan kerja.
Kecekalan dan kegigihan ibu muda ini membuahkan hasil apabila Noir Health & Beauty turut sama berjaya membantu para wanita dan juga golongan ibu merubah persepsi serta pendapatan agar berjaya seperti pengasas perniagaan kecantikkan ini.
Kini, Madammu mahu mengajak lebih ramai lagi golongan wanita terutamanya mereka yang mempunyai keazaman untuk sama-sama bangkit mengejar cita-cita bersama Noir Health & Beauty.
Wanita seharusnya kena lebih berani dalam merencana masa depan sendiri walaupun sudah bergelar isteri dan ibu.
- Bangkit Untuk Berubah Ke Arah Kebaikan.
Wanita tidak harus hanya bergantung kepada orang lain dalam merealisasikan impian. Jadi, sudah tiba masanya untuk wanita mempunyai simpanan sama ada untuk kegunaan sendiri mahupun keluarga.
- Bangkit Untuk Kebahagiaan.
Kita sebagai wanita juga boleh menjadi penyumbang dan berikan kehidupan yang lebih baik dan selesa untuk keluarga, terutamanya anak anak. Sebagai seorang isteri dan juga ibu, inilah pengorbannya.
- Bangkit Untuk Capai Matlamat Hidup Dan Financial Freedom.
Siapa yang inginkan masa depan yang lebih cerah dan terjamin? Siapa yang tak inginkan gaya hidup yang diidamkan? Jadi, motivasi seperti itu semestinya menjadi pemangkin untuk wanita terus bangkit.
- Bangkit Untuk Berkuasa Atas Hidup Sendiri.
Sampai bila kita nak biarkan orang lain yang tentukan corak kehidupan kita? Sudah tiba masanya untuk kita corak kehidupan sendiri. Cabar diri dan lihat sejauh mana kita boleh melangkah kerana inilah masanya.
- Bangkit Dari Kegagalan.
Gagal dalam kehidupan, itu perkara biasa. Yang menjadi luar biasa adalah apabila kita bangkit dari kegagalan itu!
Sehubungan dengan itu, Noir telah memperkenalkan #BangkitWanita bagi membolehkan lebih ramai golongan wanita tidak kira status dan umur untuk sama-sama membina kejayaan.
Dengan hanya menyertai Noir Mobile bermodalkan pembelian satu unit UV White Foundation, mampu melayakkan para wanita menjadi sebahagian daripada keluarga Noir yang kini semakin berjaya.
Jadi, tidak salah rasanya para wanita mengorak langkah dengan maju setapak lagi bersama Noir untuk sama-sama menggapai kejayaan atas usaha sendiri seperti kisah inspirasi daripada pengasasnya, Madammu.
Sumber: Bergelar ibu di usia muda bukan penghalang untuk berjaya. Ini kisah inspirasi Madammu pengasas Noir Health & Beauty
0 Comments