loading...

Selamat bernikah! Menantu Tengku Adnan jadi perhatian, dipuji cantik persis model

Baru-baru ini, anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor iaitu Tengku Muhammed Hafiz telah mengadakan majlis perkahwinan di Dataran Putrajaya.

Walaupun ia diadakan dalam suasana norma baharu, majlis itu tetap meriah selain ada yang menganggapnya sebagai ‘Wedding Of The Year’ bagi tahun ini.

Namun begitu, apa yang menjadi tumpuan utama sewaktu majlis itu ialah kecantikan isteri kepada pengantin lelaki yang bernama Oceane Cyril Alagia.

Suri hati Tengku Muhammad Hafiz yang juga pengamal media sosial terkenal itu mempunyai darah kacukan dimana ibunya berasal dari Jakarta manakala bapanya pula dari Perancis.

Sebelum melangsungkan hari bersejarah itu, pasangan suami isteri ini sempat mengambil gambar ‘pre-wedding’ sambil mengenakan busana perkahwinan bertemakan budaya yang berbeza antaranya Sulawesi, Aceh, Melayu dan Jawa tradisional.

Sulawesi

Jawa tradisional

Melayu

Acheh

Menerusi Instagram milik Oceane, dia memuat naik beberapa posting berkongsi gambar ‘pre-wedding’ bersama suaminya itu dan rata-rata warganet memuji kecantikan dimiliki yang dikatakan persis seorang puteri.

Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan masyarakat Jawa serta beberapa artis tempatan yang turut disiarkan di skrin besar di tepi pentas berkenaan.

Sumber: Instagram Oceane Alagia



Sumber: Selamat bernikah! Menantu Tengku Adnan jadi perhatian, dipuji cantik persis model

Post a Comment

0 Comments