loading...

Usia muda lalui macam2 kenangan, Erra Fazira titip pesan buat hari lahir Aleesya

Berikutan sambutan ulang tahun kelahiran ke-12 anaknya, Engku Aleesya, selebriti terkenal Erra Fazira memuat naik satu video meraikan anaknya itu.

Dalam pada itu, pemilik nama Fazira Wan Chek itu sempat menitipkan pesanan serta ucapan buat anak tunggal kesayangannya itu.

“Genap 12 tahun dikau dilahirkan.. Seusia mudamu, pelbagai kenangan yang dikau lalui.. Jadikan semua ini pengalaman istimewa buatmu..
“Masih segar dalam ingatan pertama kali dikau berada dalam dakapanku.. Gugur segala kesakitan dan kepayahan saat kita bertentang mata.. Hadirmu menyempurnakan hidupku.. Ya Allah.. Terima kasih di atas anugerahMu..” luah Erra berbaur sebak di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, bintang drama ‘Gerak Khas’ berkenaan berkongsi kenangan sewaktu melahirkan anaknya di mana saat pertama kali bertentang mata, gugur segala kesakitan serta kepayahan dirasainya.

Jelas wanita berusia 47 tahun itu lagi, dia bersyukur kerana kehadiran Aleesya telah menyempurnakan hidupnya di dunia ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir kepada Aleesya memuji kecantikan kedua anak-beranak itu.

Dalam pada itu, ayah Aleesya iaitu Engku Emran turut tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari lahir buat puteri tercinta.

“Aleesya sayang Ayah, dah masuk 12 tahun hari ini. Ayah sangat bersyukur dapat jadi ayah kepada Aleesya. Aleesya banyak mengajar Ayah tentang erti kehidupan,” tulis Emran.

Menurut Emran, mereka anak beranak telah menghadapi pelbagai cabaran dan ujian bersama. Dia berharap Aleesya menjadi seorang anak yang berjaya dalam hidup, hamba Allah yang sentiasa taat padaNya dan dikurniakan ketenangan buat selamanya.

Terdahulu, ibu tiri kepada Aleesya iaitu Noor Nabila turut memuat naik ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-12.

Sumber: Instagram Erra Fazira, Instagram Engku Emran 



Sumber: Usia muda lalui macam2 kenangan, Erra Fazira titip pesan buat hari lahir Aleesya

Post a Comment

0 Comments