loading...

Berkelambu demi Internet, pelajar UPSI buat ‘presentation’ dalam hutan

Seorang pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikenali sebagai Rose ED terpaksa ‘berkampung’ di dalam hutan, demi mendapatkan talian Internet bagi melakukan ‘presentation’ berkumpulan atas talian.

Menerusi posting di laman Facebook, gadis yang berasal dari daerah Pakan, Sarawak itu menggunakan kelambu bagi mencegah gigitan nyamuk sebelum membuat persiapan untuk ‘presentation’ tersebut.

Menurut Rose, idea itu tercetus selepas tularnya kisah Veveonah Mosibin, penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang memanjat pokok di kampungnya di Pitas, Sabah untuk menduduki peperiksaan ‘online’.

Ini kerana lokasi seperti di kawasan berbukit dan ladang menoreh getah mempunyai capaian Internet lebih kuat berbanding di sekitar rumah panjang.

Rose berkata, dia memilih kawasan hutan tersebut kerana berhampiran dengan kebun bapanya selain boleh membaiki pondok di kebun itu untuk kegunaan kelas ‘online’ pada masa hadapan.

Tambah Rose, dia amat memerlukan capaian Internet yang baik bagi mendapatkan maklumat berkaitan sesi pembelajaran melalui sistem universiti apatah lagi perlu menjayakan projek sebagai pelajar tahun akhir.

Posting itu meraih 3,200 perkongsian dan 5,500 tanda suka serta ratusan reaksi warganet yang turut bersimpati dengan nasib gadis tersebut.

Rata-rata berharap masalah yang dihadapi akan mendapat perhatian oleh pihak bertanggungjawab selain memberi kata-kata semangat buat pelajar berkenaan.

Sumber : Rose ED



Sumber: Berkelambu demi Internet, pelajar UPSI buat ‘presentation’ dalam hutan

Post a Comment

0 Comments