Thursday, May 24, 2018

(Video) Lelaki ‘Gila’ Bertindak Nekad Serang Kaunter Hospital, Kelar Tangan Jururawat Berulang-Ulang Kali

Seorang jururawat warga Filipina bekerja di salah sebuah hospital di Arab Saudi telah ditikam oleh orang tempatan ketika bertugas.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Luar Negera (DFA), jururawat yang bertugas di bilik kecemasan, berusia 29 tahun, Rolanda Mina telah mengalami kecederaan parah ditangannya selepas diserang secara mengejut oleh seorang lelaki Arab Saudi berusia 22 tahun ketika bekerja di hospital Khamis lalu.

Kejadian itu telah dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup hospital.  Video itu walaubagaimana pun telah dimuatnaik kedalam media sosial dan segera tular.

Didalam rakaman terbabit suspek perlahan-lahan menghampiri Mina dan tiba-tiba mengeluarkan pisau serta mengelar Mina tanpa henti.

DFA memberitahu suspek kini berada dalam tahanan polis dan kes tersebut telah dihantar kepada pendakwa raya untuk disiasat.

Pihak berkuasa masih mencuba mengetahui motif serangan setelah Mina mendakwa langsung tidak mengenali suspek.

Pengurusan hospital juga telah memberikan jaminan bantuan termasuk pembayaran gaji sepanjang rawatan Mina.

Pejabat Konsul Jeneral juga telah menghantar petugas kes untuk membantu Mina dan menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan yang menangani perkara itu.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

PM Umum Gaji Jemaah Menteri Dipotong 10 Peratus, Harga Minyak Kekal Dan GST Tetap Pada Kadar 0% Pada 1 Jun 2018

23 Mei – Selepas Kabinet baru mengadakan mesyuarat sebentar tadi yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad. Satu sidang media diadakan dan beberapa pengumuman telah diumumkan dalam sidang media tersebut.

Menurut Tun M, gaji menteri-menteri akan dipotong sebanyak 10 peratus kerana kerajaan Pakatan harapan sedar masalah kewangan yang dihadapi oleh negara ketika ini. Selain itu, Tun M juga mengatakan harga minyak tidak akan dinaikkan walaupun harga minyak dunia meningkat.

Barisan Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan

Kementerian Pengangkutan juga telah mendapat persetujuan untuk membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta-merta dan segala tugas SPAD akan dikendalikan semula oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

Menyentuh tentang GST pula, Tun M mengesahkan cukai GST akan ditamatkan segera mengikut seperti pengumuman daripada Kementerian Kewangan iaitu pada 1 Jun 2018. Bekenaal tol pula, Tun M mengatakan kerajaan akan melaksanakannya mengikut manifesto yang telah dijanjikan Pakatan Harapan sebelum PRU14.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Saturday, May 19, 2018

TUN MAHATHIR: BR1M TETAP DITERUSKAN.. TETAPI ADA SYARATNYA?

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad memaklumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan.

Bagaimanapun beliau menegaskan, beberapa perkara dalam pemberian itu akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja akan menerima bantuan tersebut.

“Kerajaan sudah bersetuju untuk meneruskan BR1M, cuma ia perlu dikaji semula kerana sebelum ini, ada yang tak layak, juga menerimanya.

Image result for pakatan harapan tun mahathir

“Kita tak nak orang ramai menganggap BR1M sebagai rasuah atau umpan supaya rakyat menyokong kerajaan. Sebaliknya, BR1M adalah satu bentuk inisiatif untuk menangani masalah sosial,” katanya.

Tun Mahathir berkata demikian dalam sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, pada Khamis.

Sementara itu, ditanya mengenai operasi penggeledahan kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta malam tadi, Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak menerima sebarang maklumat tentang serbuan itu.

“Itu prosedur operasi standard (SOP) polis. Mereka sudah ada cukup bukti untuk melakukan serbuan, jadi mereka buat.

“Saya tidak dimaklumkan. Tetapi prinsip saya, tak ada penyeksaan (torturing). Semua akan dilayan dengan baik,” katanya.

Sumber: watan-online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Tuesday, May 1, 2018

Kecoh kedai mamak di Sri Hartamas tertayang video tak senonoh

Kecoh di media sosial tentang sebuah restoran ‘mamak’ tertayang video ‘dewasa’ yang mengejutkan semua pelanggannya.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter itu menunjukkan para pelanggan terkejut sampai berdiri melihat adegan yang tidak ingin dilihat itu.

“Mamak salah play video. Kecoh” tulisnya yang memuat naik video tersebut pada jam 2.10 petang tadi dan telah dikicau semula lebih 5,000 kali.

Berdasarkan video berdurasi 28 saat itu, para pelanggan kecoh dan tidak kurang juga yang ketawa melihat insiden yang tidak disengajakan itu sebelum video itu dihentikan menyebabkan ada segelintirnya kecewa.

Menurut komen-komen netizen, kejadian itu berlaku di sebuah restoran di Sri Hartamas.

“Sekarang ni, mamak pun dah tak selamat. Ane pun dah jadi ***. Harap-harap tak kena r*b* ngan ane time lepak mamak nanti,” kata netizen.

Ada netizen menyarankan mana-mana individu yang berada di tempat kejadian itu membuat laporan atau aduan kepada pihak berkuasa kerana menjadi satu kesalahan menayang mahupun menyimpan video-video tidak senonoh.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

‘Setiap malam dia buat macam tu’ – Suami pening dengan perangai pelik isterinya, buat netizen terhibur

Baru empat bulan berkahwin, lelaki ini mengaku dia berasa amat bahagia dengan isterinya yang serba serbi pandai dalam menguruskan hal rumah tangga. Empat bulan pertama, segalanya indah seperti mana pasangan lain.

Akan tetapi, di dalam keindahan itu terselit juga keperitan dan juga kengiluan. Mungkin bagi sesetengah orang tidak percaya hal seperti ini boleh berlaku. Tetapi bagi lelaki ini, dia terpaksa bertahan kerana tidak mahu isterinya menangis.

ASSALAMUALAIKUM admin. Aku sangat-sangat memerlukan bantuan skuad makcik-makcik bawang dalam ini. Aku tak ada masalah rumah tangga. Cuma bini aku ni, aku tak tahulah nak cakap macam mana.

Umur aku 27 dan bini aku 23 tahun. Kami baru berkahwin empat bulan. Alhamdulillah aku dapat perempuan yang bukan sahaja comel bambam, tapi manja, lembut, sopan, pandai memasak dan kelakar.

Tetapi satu perangai pelik bini aku yang membuatkan aku pening kepala nak hadap setiap hari. Bila nak tidur malam, bini aku ada perangai duk nyonyot puting aku sampai dia tertidur.
Macam kelakar? Macam lawak? Tetapi aku tak tipu wei! Tiap-tiap malam dia buat macam tu. Kalau aku tak bagi, dia menangis pula.

Tolonglah makcik-makcik bawang, aku dah buntu nak mencari jalan macam mana nak ceraikan susu dengan bini aku walaupun aku tak ada susu.

Aku letak minyak gamat pun tak jalan. Nak tanya keluarga, aku malu. Nak tanya member, mampos kena bahan jadah apanya badan ketul-ketul tapi bini buat nyonyot je puting. Lagipun aku nak jaga air muka bini aku juga.

Tobat ngilu bak hang dia dok gigit-gigit. Tolonglah aku makcik-makcik bagi idea macam mana nak buat bini aku stop buat benda tu. Aku terseksa setiap malam.

Sumber: Suami Trauma (Kisah Rumah Tangga)

Jawapan netizen: 

“Cuba letak sirap, tak pun letak kicap ke. Nanti lama kelamaan dia berhentilah meminta. Kalau tak boleh jalan juga, belikan dia puting brand Avent. Jenama ini bagus untuk mengelakkan gigi dia menjadi jonggang,” kata netizen.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Avengers: Infinity War Pecah Rekod Filem Dunia, Berjaya Raih Kutipan RM2.4 Bilion Seminggu

Seperti yang dijangka, filem Avengers: Infinity War telah mendapat sambutan hangat pada hujung minggu pertama dengan jumlah kutipan sebanyak AS$630 (RM2.4 bilion) dan sekaligus mencatat pencapaian global tertinggi dalam sejarah perfileman.

Hanya selepas dua hari tayangannya, filem adaptasi komik Marvel ini telah mengutip $95 juta dengan Korea Selatan menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak $11.4 juta, diikuti Australia $10 juta dan UK sebanyak $8.9 juta.  Malaysia pula telah menyumbang sebanyak $2.8 juta kepada kutipan tiket filem dalam masa dua hari sahaja.

Avengers: Infinity War kali ini menampilkan lebih 20 ‘superhero’ yang telah diadaptasi komik terbesar Marvel dengan epik pertempuran besar dengan Thanos dan pengakhiran yang memberi impak kepada peminat tegar siri ini.

Pencapaian ini telah mendahului filem ‘The Fate of the Furious,’ sekuel kelapan siri aksi yang dibintangi Vin Diesel, Dwayne Johnson dan Michelle Rodriguez dengan kutipan sebanyak AS$530 juta (RM2 bilion) di seluruh dunia pada 2017.

Filem adaptasi Marvel ini turut memecahkan rekod pembukaan hujung minggu tertinggi di Amerika Utara dengan kutipan pecah panggung sebanyak AS$250 juta (RM978 juta) di Amerika Syarikat dan Kanada sekali gus menewaskan filem ‘The Force Awakes,’ daripada siri saga ‘Star Wars’ dengan kutipan pembukaan hujung minggu sebanyak AS$248 juta (RM971 juta) pada 2015.

Siakapkeli.my

Sumber: Forbes, KakiMuvee



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Tuesday, April 24, 2018

Racun anjing peliharaan orang, kemudian dijadikan satay untuk dijual

Seorang lelaki di utara Bali telah ditahan kerana meracun anjing peliharaan yang dimiliki orang dan kemudian dijual sebagai satay daging, lapor Coconut.

Komang, 41, ditahan pada Ahad selepas Kadek Sugiarta, 29, jiran kepada pemilik haiwan itu menyedari Komang sedang memberi makanan kepada anjing di kawasan kejiranan itu.

Apabila Kadek ternampak anjing jirannya itu sakit selepas makan makanan tersebut, Komang terus menyeret anjing itu dan meletakkannya dalam bungkusan.

Kadek yang melihat kejadian itu terus memaklumkan kepada pemilik anjing berkenaan, Putu Adipta dan kedua-dua mereka mengejar Komang dan berjaya menangkapnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Singaraja, Wiranata Kusuma berkata, Komang mengaku meracun anjing itu dengan makanan beracun dan kemudian mahu dijadikan sebagai makanan untuk dijual.

“Taktiknya meracun anjing dan mengambil bangkai haiwan itu selepas Kesan dari racun itu membuatkan anjing-anjing tersebut tidak berdaya dan maut serta merta sebelum dibungkus dan dijual,” katanya.

Julai 2017, Gabenor Bali telah mengharamkan penjualan daging anjing. Bagaimanapun masih ada laporan bahawa aktiviti penjualan daging anjing masih berterusan.

Tidak diketahui sama ada Komang akan dituduh di atas perbuatan membunuh haiwan perliharaan itu.

-The Reporter



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
loading...