loading...

Bakal timang kembar lelaki & perempuan, Sheikh Muszaphar teruja umum jantina anak

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang juga pakar motivasi sering berkongsi aktiviti hariannya bersama keluarga di media sosial.

Beliau juga tidak lokek memberikan tips-tips berguna kepada para ibu bapa dalam membesarkan anak-anak dengan teknik yang diterapkan dalam kehidupan mereka sekeluarga.

Umum sedia maklum bahawa Sheikh Muszaphar bakal menimang cahaya mata kembar sekali lagi apabila isteri tersayang, Dr Harlina Yunos hamil apabila memaklumkan hal tersebut beberapa bulan yang lepas.

Hari ini, Sheikh Muszaphar telah berkongsi momen gembira buat mereka sekeluarga apabila anak kembar dalam kandungan isterinya merupakan seorang lelaki dan perempuan.

Dalam gambar yang dikongsikan di Instagram, jelas menunjukkan hasil imbasan kandungan memaparkan jantina lelaki serta perempuan. Usia kandungan Dr Halina juga sudah memasuki bulan keenam atau 22 minggu.

Di kesempatan itu, Sheikh Muszaphar memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya serta kandungan  kerana  proses kehamilan masih lagi berada di tempoh waktu yang agak panjang.

Sehubungan dengan itu, Instagram Sheikh Muszaphar telah dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada warganet yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah diatas kehamilan isterinya.

Mereka juga turut menitipkan doa agar urusan mereka sekeluargdan proses kelahiran anak-anak mereka kelak dipermudahkan.

Sumber: Sheikh Muszaphar



Sumber: Bakal timang kembar lelaki & perempuan, Sheikh Muszaphar teruja umum jantina anak

Post a Comment

0 Comments