loading...

Sanggup tinggal di asrama, anak2 Eizlan Yusof semangat nak hafal al-Quran

Setiap anak yang dilahirkan adalah umpama kain putih (fitrah), baik atau buruk, ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya.

Begitulah seperti yang dikisahkan oleh seorang pensyarah bidang pengajaran Quran dan Hadis, Dr Kamilin Jamilin dalam sebuah postingnya di laman Facebook semalam.

Posting berkenaan kelihatan dua anak kecil sedang tersenyum berdiri di samping beliau yang mendaftar sebagai pelajar baru bagi pengajian semester akan datang di sebuah akademi di bawah seliaan Dr Kamilin.

Menurut Dr Kamilin, kanak-kanak yang merupakan pasangan adik-beradik bernama Zareef dan Zaalia itu sangat berminat untuk menghafal al-Quran dan mempelajari agama.

“Mereka sangat bersemangat untuk belajar bersama di asrama jauh dari keluarga, walaupun saya tahu mereka memiliki segalanya di rumah,” tulisnya.

Menurutnya, perkara itu sangat jarang berlaku dan kebiasaannya anak-anak di usia ini masih kurang meminati pengajian agama dan lebih suka bermain atau tinggal bersama dengan keluarga di rumah.

“Tapi Zareef dan Zaaliya sangat berbeza. Ibunya berkali-kali menyatakan kepada saya tentang Zareef yang banyak kali memintanya untuk menghafal al-Quran dan ingin belajar berjauhan dari keluarga,
“Mereka berdua saya lihat sangat cerdas dan mudah menyesuaikan diri,” katanya lagi.

Kagum akan semangat anak-anak tersebut, ramai warganet tertanya-tanya dan ingin tahu siapa mereka dan siapakah gerangan ibu bapa mereka berdua?

Sebenarnya bagi sesiapa yang belum tahu, mereka adalah anak kepada pelakon terkenal Datuk Seri Eizlan Yusof bersama bekas isterinya Vie Shantie Khan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kesungguhan dua beradik berkenaan serta mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang telah berjaya membimbing anak mereka dengan baik.

Terdahulu, Eizlan berkahwin dengan Vie pada 2007 sebelum bercerai pada Februari 2015. Hasil daripada perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaaliya.

Sumber: Facebook Dr Kamilin Jamilin



Sumber: Sanggup tinggal di asrama, anak2 Eizlan Yusof semangat nak hafal al-Quran

Post a Comment

0 Comments