loading...

Sihir & dengki itu wujud, Saharul Ridzwan pesan jangan tinggal solat

Mohd Saharul Ridzwan Hashim atau Saharul Ridzwan memulakan kerjayanya dalam industri hiburan selepas menjadi finalis Hero Remaja 2011/2012.

Dia yang pernah membintangi drama Love you Mr Arrogant kembali menjadi sebutan penonton selepas muncul dalam drama Cinta Sekali Lagi baru-baru ini.

Terbaru, pelakon yang berusia 31 tahun telah memuat naik satu video di Instagram berkongsi tentang sihir berkaitan dengan arahan Pali Yahya itu.

Menerusi perkongsian itu, dia memberi pesanan kepada peminatnya untuk sentiasa menjaga solat dan hubungan dengan Allah. Hal ini kerana supaya dapat mengelakan diri daripada gangguan sihir.

Tambahnya di dalam video yang berdurasi satu minit tersebut bahawa sihir dan dengki itu wujud di kalangan masyarakat setempat.

“Kita hanya mampu doa jaga solat dan tinggalkan apa yang Allah tak suka,” ujarnya.

Selain itu, Saharul juga mendoakan agar orang yang pernah mengalami ganguan sihir ini dipermudahkan segala urusan dan semuanya kembali seperti sedia kala.

Berikutan video perkongsian daripada Saharul itu, rata-rata netizen melontarkan komen yang positif dan turut berdoa agar segalanya dilindungi oleh Allah SWT.

Anak kelahiran Pahang ini telah berkahwin dengan pasangannya Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan



Sumber: Sihir & dengki itu wujud, Saharul Ridzwan pesan jangan tinggal solat

Post a Comment

0 Comments