loading...

Lepas rindu lama tak jumpa, gadis jumpa ibu ayah di pintu sempadan negeri

Larangan merentas negeri yang masih dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi mengelakkan penularan pandemik membuatkan ramai berasa sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung bertemu keluarga.

Walaupun larangan tersebut demi kebaikkan semua, namun perasaan rindu terhadap orang tua dan sanak-saudara sememangnya sukar diungkap.

Oleh sebab itu, seorang gadis telah berkongsi momen dia dan ibu bapanya hanya bertemu di sempadan negeri Perlis-Kedah untuk melepaskan rindu kerana masing-masing tidak dapat merentas negeri.

Video ringkas tersebut dikongsikan oleh Ceksyaee di akaun TikToknya dan mendapat perhatian umum.

@ceksyaee

Moga Ramadhan kali ni diberi kekuatan dan kesabaran yang lebih🤲🏻❤️ #masukberanda #fyp #fypdongggggggggシ

♬ original sound – shaaa – broken girl 🥲

Menerusi video yang berdurasi 13 saat itu, Ceksyaee memperlihatkan ibu dan bapanya berjalan menghampirinya yang berada berhampiran sekatan jalan raya (SJP) melibatkan negeri Perlis-Kedah.

Pertemuan singkat itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerinduan buat mereka yang sudah berbulan tidak bertemu.

Sehubungan dengan itu, rata-rata wargnaet telah meninggalkan komen dengan mengakui turut berasa sebak melihat momen berkenaan.

Ada juga sebahagian daripada mereka merasai perkara sama  berikutan sudah lama tidak bertemu keluarga kerana tidak dapat merentas negeri untuk pulang ke kampung.

Sumber: Ceksyaee



Sumber: Lepas rindu lama tak jumpa, gadis jumpa ibu ayah di pintu sempadan negeri

Post a Comment

0 Comments