loading...

Pening kepala cikgu! Belajar pasal haiwan, murid siap bawa kucing dari rumah

Bagi guru sekolah rendah, pasti ada sahaja pelbagai ragam dan keletah anak murid yang perlu dihadapi dengan tenang sepanjang menjayakan sesi pembelajaran.

Kadang kala, golongan cilik itu bertindak di luar jangkaan orang dewasa apabila menerima arahan daripada para pendidik bagi menyiapkan kerja sekolah mereka.

Baru-baru ini, bilik guru di sebuah sekolah bertukar kecoh seketika apabila seorang cikgu berjaya ‘menyelamatkan’ seekor kucing yang dibawa oleh muridnya dari rumah.

@isfiefaraulah

Budak bawak kucing ke sekolah..cikgu pening

♬ original sound – Khairultbh – Khairultbh

Menerusi sebuah perkongsian video @isfiefaraulah di platform TikTok, dapat dilihat guru berkenaan Siti Saharah mengeluarkan kucing tersebut dari beg berwarna merah jambu milik muridnya sebelum didatangi guru-guru lain.

Difahamkan, murid tersebut membawa si comel itu ke sekolah bagi mengikuti mata pelajaran yang berkaitan dengan jenis binatang dan haiwan.

“Tak, hari ni belajar berkaitan haiwan,” kata cikgu Siti selepas ditanya seorang guru sekiranya murid tersebut memberikan kucing itu kepada dirinya.

Tidak lama kemudian, cikgu Siti meletakkan kucing berkenaan di dalam sebuah bekas dan memberikan makanan selepas si comel itu kelihatan agak lemah.

Rakaman video berdurasi 30 saat itu menerima pelbagai reaksi netizen dimana rata-rata terhibur dengan tindakan ‘tidak bersalah’ kanak-kanak tersebut selain berkongsi pengalaman masing-masing.

Nasib baik takde apa-apa yang berlaku! Untuk penjaga murid, boleh sentiasa ‘alert’ apa yang dibawa oleh kanak-kanak. Maklum la, kadang-kadang mereka ni terlebih kreatif.

Sumber: TikTok @isfiefaraulah



Sumber: Pening kepala cikgu! Belajar pasal haiwan, murid siap bawa kucing dari rumah

Post a Comment

0 Comments