loading...

Dah diajar sejak kecil, anak2 bujang tak kekok urus rumah bantu ibu

Sejak kecil, kita sudah ‘dimomokkan’ dengan kerja-kerja rumah merupakan tugas orang perempuan. Jadi, anak-anak perempuan yang akan membantu ibu di dapur, mengemas rumah dan juga menguruskan baju-baju kotor.

Manakala bagi anak lelaki pula, mereka tidak ‘diwajibkan’ membantu kerana urusan tersebut bukan ‘kerja lelaki.’

Namun, sejajar dengan peredaran masa, tiada istilah anak perempuan atau anak lelaki dalam menguruskan rumah. Semuanya harus bersama-sama membantu ibu bapa agar semuanya tersusun rapi.

Hal ini juga dipraktikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @yattahmad23 apabila berjaya mendidik anak-anak bujangnya untuk sama-sama meringankan tulang membantu menguruskan rumah.

@yattahmad23

Reply to @cikhajarbungaa biasakan anak2 lelaki dengan kerja2 rumah. Bukan anak perempuan je kena rajin ya.

♬ Sentiasa – Firdaus Rahmat

Dapat dilihat anak-anaknya tidak kekok melipat pakaian dan mengemas dapur bagi membantu meringankan beban ibunya.

Wanita yang mempunyai lima orang anak itu turut memaklumkan yang dia dan suami mengajar anak-anaknya supaya berdikari serta bertanggungjawab sejak dari kecil lagi.

Perkongsian tersebut mendapat banyak maklum balas daripada warganet. Ada diantara mereka bertanyakan bagaimana cara mendidik anak-anak untuk membuat kerja rumah dengan sukarela tanpa dipaksa.

Jadi, pengguna TikTok itu meminta anaknya sendiri menjawab soalan tersebut.

Menurut anak bujangnya, pada awalnya memang berasa terpaksa, namun apabila sudah biasa, ia menjadi rutin dan rasa janggal andai tidak melakukan tugasan-tugasan tersebut.

@yattahmad23

Reply to @heyitsmesz biar dorang je la jawab sendiri 😅 #momof5 #fitmom

♬ original sound – Yatt Ahmad 🇵🇸 – Yatt Ahmad 🇵🇸

Perkongsian berkenaan telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet dengan kebanyakkannya meninggalkan komen yang positif.

Masing-masing memuji tindakan @yattahmad23 dalam memberikan didikan kepada anak-anak lelaki dalam menguruskan rumah.

Sumber: TikTok @yattahmad23



Sumber: Dah diajar sejak kecil, anak2 bujang tak kekok urus rumah bantu ibu

Post a Comment

0 Comments