loading...

Kenali Perwatakan Seseorang Melalui Bentuk Kening

ANDA PERCAYA atau tidak, melaui kening kita sendiri dapat melihat perwatakan atau character seseorang itu, Namun, anda jangan terlalu terkeliru dengan kening yang telah dicukur dan diukir cantik kerana kening sebegini sudah tidak asli.
kening.jpg
Meskipun begitu, masih ramai wanita yang memiliki kening secara semulajadi. Jom, ketahui perwatakan individu melalui kening mereka.
kening1.jpg
Kening Lurus

Orang yang boleh dipercayai, kuat, sukar untuk dijatuhkan
Seorang yang boleh menyelesaikan masalah dengan baik.
Good multi-tasker.
Berkebolehan melaksanakan sesuatu tugasan secara individu mahupun kumpulan.
Tidak mendiskriminasi orang lain

Kening Melengkung

Merupakan seorang pekerja yang bersungguh-sungguh.
Kerja keras adalah kunci kejayaan.
Mementingkan kesempurnaan.
Mempunyai perasaan artistik yang kuat, dan kemampuan menilai warna sehingga sesuai untuk menjadi seorang pereka fesyen.

Kening Meruncing ke Atas

Berkebolehan memimpin.
Wanita ini unik dan kompetitif.
Tidak suka bergaduh, dan jika mempunyai lawan, dia akan menganggapnya sebagai memotivasi diri untuk lebih maju.
Lebih banyak musuh, lebih banyak motivasi positif terhadap kerja.

Kening Menurun

Seorang yang sangat peka dan sangat peramah.
Wanita ini mudah terasa dan mudah simpati terhadap sesuatu.
Orang yang dipercayai dan dijadikan tempat mengadu.
Selalu ditimpa masalah akibat orang lain bukan diri sendiri.

Kening Menukik

Seorang yang bertanggungjawab.
Wanita ini dikatakan seorang yang sangat berlaku adil dan kooperatif terhadap sesiapa sahaja.
Mudah berprasangka namun lebih suka mendiamkan diri sahaja.

P/S : Perwatakan melalui kening ini sekadar perkongsian sahaja. Ia bukanlah 100 peratus kajian yang tepat. Sesiapun anda, percayalah wanita yang hebat memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Sumber: malaysiaviralstory

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Post a Comment

0 Comments