loading...

“Cis taktik depa, depa ingat kami bodoh?” – Lelaki kongsi pengalaman ‘dipermainkan’ oleh ejen pencarian kerja kosong

Hari ini aku nak kongsi kejadian yang aku rasa paling tidak patut dan malang buat ribuan pencari kerja. Seperti yang sedia maklum, hari ini ada pameran kerjaya yang terbesar di kawasan Utara yang dikelola oleh Jobsifu.my.

Pada seawal jam 11 pagi, aku tengok kawasan car park sudah mulai penuh dan aku jangkakan ramai graduan atau pun orang yang tengah mencari pekerjaan sudah sampai ke tempat itu.

Bila sampai saja di perkarangan TH-Hotel, aku tengok sudah sudah ribuan orang sedang beratur panjang. Sudah macam Mood Republik pula.

Jadi aku terus ambil satu borang pendaftaran temuduga dan isi di bawah panas terik bersesak-sesak. Takpe. Aku pun tengok muka seorang-seorang, sudah macam mahu pitam pun ada dan masing-masing berharap dapat masuk ke ruangan bersama dengan dengan panel penemuduga.

Aku kemudiannya berjaya masuk dan akan melalui fasa kedua di mana calon akan disoaljawab oleh seorang panel untuk 5 orang calon dan selepas beberapa minit kemudian, kami diberikan taklimat supaya menjaga adab bersama-sama dengan panel penemuduga dan menjawab dengan yakin apa yang disoal.

Tiba-tiba, sebuah ayat terpacul keluar daripada mulut seorang mamat yang buat pengumuman tadi. Pada stesen kedua, para panel akan menemuduga dan mereka akan cadangkan lima buah pekerjaan yang paling sesuai dengan kami punya kriteria.

Satu pekerjaan untuk satu borang dan kami kena bayar RM10 untuk satu borang dan jadi lima borang bersamaa dengan RM50.

Setiap borang itu kita kena isikan bila masuk ke stesen ke empat iaitu ke booth-booth yang ditawarkan. Aku tengok muka setiap calon yang menunggu dengan aku sudah kecewa habis.

Mana tidaknya, ada yang datang dari Pulau Pinang, Perak dengan keluarga pun ada. Sebelum ini, tidak pula dimaklumkan pun ada sebarang bayaran. Cis taktik depa.

Setelah beberapa minit menunggu di luar bilik temuduga, kami telah dimaklumkan sekali lagi, dia cuba persuade kami dengan ayat;

“Okay tuan-tuan, anda sebenarnya boleh membeli berapa banyak borang temuduga syarikat yang anda ditawarkan. Tetapi kalau beli sedikit, keciklah peluang untuk anda dapat tawaran kerja nanti. Jadi saya syorkan belilah sekurang-kurangnya lima ataupun lapan keping borang. 

Nanti banyak pilihan yang anda dapat sampai tidak terpilih yang mana satu tawaran yang anda mahukan. Setiap bayaran RM10 untuk setiap borang untuk kami poskan terus kepada pihak industri dan syarikat yang anda ditawarkan itu.”

Dari sini aku sudah dapat baca taktik kru-kru Jobsifu ini. Teknik memujuk supaya orang rasa rugi tidak beli borang banyak-banyak. Jadi aku terfikir, sudah kalau macam ini, lebih baik isi borang di Jobstreet, Maukerja, Linkedln dan banyak lagi laman web yang menawarkan peluang pekerjaan. Paling best, satu sen pun tidak kena bayaran.

Aku cuba untuk stay sebab mahu tengok apa yang mereka cuba sembunyikan sebenarnya untuk memujuk penganggur yang macam kami.

Aku tidak bayar satu sen pun sebab memang sudah rancang bila sudah masuk mahu beli satu borang saja, paling tidak pun aku terus blah saja. Depa ingat kita bodoh? Aku tunggu sebab aku mahu tengok apa situasi di dalam.

10 minit selepas itu, aku dan ramai-ramai calon yang lain dibenarkan masuk terus ke lokasi booth dengan harapan kot-kot ada lebih 5000 peluang pekerjaan.

Bila sudah masuk, indah khabar daripada rupa. Apa yang banyak cuma jawatan sebagai wakil jurujual syarikat insurans, ejen kad prabayar, ejen-ejen syarikat entah apa-apa, kiosk makanan dan juga jurujual produk kosmetik. Jadi inilah 5000 kerja kosong yang disediakan oleh penganjur.

Bukan niat aku mahu salahkan syarikat-syarikat dan kiosk-kiosk yang buka di dalam itu sebab aku dapat maklumat-maklumat yang mereka pun tidak terang dengan motif Jobsifu ini. Mungkin kehadiran mereka hanya sekadar untuk memeriahkan suasana atau pun untuk penuhkan kuota vendor yang ada.

Aku sempat temubual seorang abang yang buka booth di dalam itu, syarikat dia hanya buka permohonan kerja secara online dan sesetengah syarikat hanya mahu mencari seorang calon untuk jawatan terbuka. Jadi kau rasa? Indah khabar dari rupa je.

Tiba-tiba aku terfikir, kasihannya calon-calon temuduga yang sudah bayar RM50 sebelum ini weh dan mereka balik dengan perasaan yang hampa. Mereka tidak terfikir orang yang datang ke progam dengna keluarga pun ramai.

Mak ayah yang sudah sakit lutut, sanggup juga hantar anak datang temuduga Jobsifu. Mak ayah yang tunggu anak-anak mereka di tengah-tengah panas dan aku nampak ada juga calon yang keluar untuk meminta duit daripada keluarga, semata-mata mahu bayar duit borang kerja. Inikah nasib kami mahasiswa Malaysia?

Perlu bayar RM50 untuk dapat masuk? Tawaran kerja itu pun belum tentu dapat pun. Apa motif bayar RM50? Allahurabbi, Jobsifu!!!!

Korang sungguh kejam, korang tidak fikir yang orang datang jauh-jauh semata-mata mahu tengok peluang pekerjaan yang ada, yang datang sebab mahu ubah nasib keluarga.

Malah ada yang datang hanya ada kurang daripada RM50 di dalam poket mereka semata-mata mahu isi minyak kerana mahu datang ke program korang.

Iklan gah tak semena, lebih 5000 jawatan dan ekspo terbesar di Utara katanya.  Aku rasa Jobsifu dan syarikat DBI sama saja kencingnya. Cuma berbeza modus operandi saja. Iklan seantero duni, seolah-olah peluang terbesar terpampang depan mata. Tetapi hakikatnya, habuk pun tiada.

Lepas ini aku berharap pihak penganjur tidak perlu lagi letak iklan yang megah-megah. Aku tidak kisah kalau korang terus terang beritahu tidak banyak tawaran pekerjaan yang ada dan yang paling tidak guna bila korang kenakan caj RM50 semata-mata mahu terima borang tawaran kerja.

Jadi aku rasa Jobsifu ini bukanlah sebuah job fair, sebaliknya ianya hanyalah sekadar karnival dan funfair sebenarnya. Paling hampa sekarang ini bila mereka sudah tutup Facebook page mereka. Ayuh bangkit bersuara.

Sekian dari aku,
Luahan hati tak terbela.

Sumber : Muhd Hafizul Zikri



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments