Sepelik namanya, begitu jugalah orangnya. Ayahanda Rani Kulup atau nama sebenarnya Abd Rani bin Kulup Abdullah yang sering kelihatan muncul di kaca televisyen dengan memakai beret berwarna merah sambil memakai kaca mata hitam dan lengkap berpakaian uniform ini mungkin kelihatan seperti seorang yang lucu dan aneh.
Tetapi ramai yang tidak kenal Ayahanda Rani Kulup ini rupa-rupanya. Gambar lama ini mungkin dapat memberitahu kita siapakah Ayahanda Rani Kulup sewaktu beliau masih muda dahulu.
Ayahanda Rani Kulup menyertai bidang ketenteraan ketika usianya masih muda dan sentiasa bertekad melindungi masyarakat sehingga kini.
“Saya menyertai tentera ketika umur saya 18 tahun, masa itu kita (negara kita) berkonfrontasi dengan komunis (PKM), seluruh negara tidak terkecuali kepada sabotaj komunis, di Perak Kedah, Kelantan, Pahang, termasuk Sarawak.
“Saya sendiri pernah bertempur dengan pengganas komunis di Gua Musang Kelantan, selepas itu, saya bertempur lagi di Kuala Kacau, dan Nibong,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Online.
Menceritakan dengan lebih lanjut, Ayah Arka berkata, pasukannya pernah berdepan dengan pengalaman ngeri terkena jerangkap samar yang dipasang oleh pihak musuh.
“Ia dalam satu misi yang dinamakan misi risik gempur, masa itu, memang ada pasukan khas dalam pasukan tentera. Selain pasukan komando, kita juga ada pasukan perisik.
“Saya kira saya sudah sertai lebih dari 65 operasi sejak saya berkhidmat dalam ATM. Segala pahit maung, asam garam, kepayahan dalam menentang komunis sehinggalah ancaman komunis dalam hutan sudah tidak ada,” kongsinya.
Pada ketika itu didalam tentera darat terdapat satu unit Risik Gempur yang di kenali sebagai UCIS atau Unit Combat Intelligence Squad
All the members of the UCIS have a red lanyard on the right. They wear a patch with an eagle hoding a dagger in it’s claw. They operate in 5 men teams. Everyone is a trained signaller, combat medic, trained in demolitions and other specialities.
Bagi mereka yang tidak tahu apakah UCIS itu, boleh sambung baca di bawah:
UCIS telah digantikan dengan Platun tinjau (recon) dimana penugasan yang sama dilakukan dan juga Infantri Sniper dimana penugasan lebih kepada membunuh dan melumpuhkan keupayaan musuh dengan membunuh individu penting kepada musuh seperti CO, radioman, OC, Pengendali senjata bantuan.UCIS ataupun “Unit Combat Intelligence Section or Squad” juga dikenali sebagai “Risik Gempur” di tubuhkan dalam Rejimen Renjer. Pada awal penubuhan 1 Renjer, unit yang serupa turut dikenali sebagai “Platun Ngelaban”.
Unit ini merupakan unit elit di dalam setiap batalion Renjer dimana mempunyai kekuatan diantara satu seksyen sehingga satu platun. Pegawai2 dan anggota unit ini juga menjalani latihan yang lebih khusus dan lasak daripada anggota Renjer biasa hampir menyamai kepakaran unit Komando seperti menjalankan rondaan jangka panjang, risikan medan, payung terjun dan sebagainya.
Unit ini kemudian di ganti dengan Sniper. Kursus Sniper Inf dan Tinjau Inf ajar di Pulada. Dimana kepakaran meninjau dan mengendap (stalking) yang di warisi dari ilmu UCIS telah diserapkan.
Sumber : Darul Eshan Today
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments