Alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah kerana pasangan perlu memenuhi tanggungjawab, emosi dan situasi yang baru. Bagi ibu bapa, sudah tentu mereka akan sentiasa memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada anak-anak yang memilih untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Seorang pengguna Twitter baru-baru ini berkongsi kisah beliau mengenai luahan isi hati ayahnya yang inginkan kehidupan terbaik untuk anak-anaknya.
Menurut Zara, ayah mana yang tidak peduli apabila mengetahui anaknya ingin disunting oleh seorang lelaki, namun cara pendekatan yang dilakukan oleh si lelaki agak tidak kena pada tempatnya.
Beliau berkata masyarakat Melayu penuh dengan adat dan budaya apabila ingin menyunting bunga di taman, bukan sekadar terjah kerana dari situ ibu bapa menilai budi pekerti dan keikhlasan seseorang untuk menjaga anak mereka.
Tambah beliau, lelaki juga perlu pandai mengambil hati orang tua bakal isterinya dan buktikan kemampuan untuk menjaga dan menanggung anak gadis mereka.
Sumber : Zara
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments