AirAsia sememangnya cukup sinonim dengan warna merah, daripada logo syarikat sehinggalah pakaian seragam pramugari mereka.
Namun baru-baru ini seorang wanita New Zealand telah menulis sepucuk surat terbuka mengenai rasa tidak senangnya berhubung pakaian seragam pramugari syarikat penerbangan tambang murah no. 1 di Asia itu.
Di dalam surat yang telah diterima oleh Senator Datuk Hanafi Mamat, wanita yang berasal daripada New Zealand itu telah melahirkan rasa jijiknya terhadap pakaian seragam pramugari AirAsia tersebut.
Dr. June Robertson menyatakan bahawa beliau menulis surat berkenaan selepas membaca laporan berita di New Zealand berhubung penolakan beliau tentang pakaian pramugari yang terlalu seksi.
Dalam surat itu Robertson menyatakan sejak 10 tahun yang lepas beliau melawat ke Malaysia dua kali setahun kerana sukakan negara ini. Namun beliau merasa sangat jijik apabila melihat pakaian pramugari syarikat penerbangan berkenaan memakai skirt yang terlalu pendek.
Beliau juga berkata ketika penerbangan dari Auckland Kuala Lumpur pada Oktober yang lalu, seorang pramugari sedang memberikan layanan di kelas perniagaan namun membiarkan baju di bahagian atasnya terbuka sehingga menampakkan payudara. Lalu beliau meminta pramugari itu untuk menutup jaket pakaiannya kerana dia sedang menunduk untuk memberi layanan kepada mereka.
Robertson turut membandingkan syarikat penerbangan AirAsia dengan syarikat-syarikat penerbangan Eropah yang lain seperti New Zealand dan Amerika Syarikat yang tidak memakai skirt sependek itu.
Bagaimanapun, beliau memuji pakaian pramugara syarikat penerbangan berkenaan kerana nampak sopan dan sangat profesional.
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments