Isteri kedua kepada penyanyi nasyid terkenal Indonesia, Opick, Wulan Maya Sari binti Hanis Sudiyono, 34, dilaporkan meninggal dunia kira-kira 9 malam tadi.
Menurut sahabat Opick yang juga penyanyi, Derry Sulaiman, Allahyarhamah berada dalam keadaan tidak sihat selepas bayi yang dikandungnya meninggal dunia kira-kira dua bulan lalu. Ketika itu usia kandungan Wulan sudah memasuki usia lapan bulan.
Katanya, Wulan sempat dikejarkan ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi suami dan ahli keluarga, semalam.
Jenazah Allahyarhamah ditempatkan di rumah ‘duka’ kawasan Cakung, Jakarta Timur dan telah dikebumikan selepas Zohor, sebentar tadi.
Sebelum ini, isteri pertama Opick, Dian Rositaningrum, dilaporkan memfailkan cerai kepada suaminya pada Februari lalu setelah hampir 16 tahun hidup bersama dan dikurniakan enam orang anak.
Keputusan itu dilakukan selepas Dian dan Opick yang tidak lagi tinggal sebumbung kerana kecewa dengan keputusan Opick untuk berpoligami tanpa izin.
Sumber : Harian Metro
Leave your vote
Total votes: 0
Upvotes: 0
Upvotes percentage: 0.000000%
Downvotes: 0
Downvotes percentage: 0.000000%
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments