Kelmarin, pelakon cantik Izreen Azminda telah dijemput menjadi tetamu jemputan program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan. Program yang berlangsung di Giant Sg. Petani itu telah berlangsung di Sungai Petani, Kedah itu telah dijayakan dengan bantuan daripada kru-kru bertugas.
Seorang jurumekap yang merupakan salah seorang daripada kru Ketuk-Ketuk Ramadan telah berkongsi gambar beliau bersama dengan Izreen di laman Instagramnya.
Gambar yang telah dimuatnaik oleh jurumekap yang dikenali sebagai Noamilarra itu kemudiaanya telah mencetuskan kemarahan netizen. Rata-rata mereka menasihatkan supaya Izreen menjaga maruah beliau sebagai seorang isteri kepada Ude.
Bagi mereka yang tidak mengetahui, Noamilarra bukanlah seorang wanita, sebaliknya, beliau merupakan seorang lelaki yang telah ‘berhijrah’ kepada wanita.
Meskipun kelihatan seperti wanita, namun hukum untuk Izreen bergambar mesra sedemikian dengan individu yang bukan mahramnya adalah tidak dibenarkan di dalam agama Islam.
Semoga Izreen selepas ini lebih peka dan sensitif dengan tindakannya supaya tidak mencetuskan lagi sebarang kontroversi.
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments