22 April – Seorang guru tampil memohon maaf dan memberi penjelasan selepas mencetuskan kontroversi menampar sembilan orang pelajarnya yang hanya lewat 30 minit masuk ke kelas di sebuah sekolah di Jawa Tengah, Indonesia, laporTribun News
Lukman Septiadi, 27 tahun, memuat naik video bagi memberi penjelasan berkenaan tindakannya itu dan mengumpulkan kesemua sembilan orang murid yang ditampar di dalam sebuah bilik.
Rakaman berdurasi empat minit 30 saat tersebut menyaksikan Lukman mengaku atas dakwaan itu dan menunjukkan pelajar-pelajar itu berada bersamanya tanpa menyebut nama.
“Saya tidak akan melakukan sesuatu perkara tanpa sebab malah saya juga faham jika mereka mempunyai rasa dendam atas tindakan itu,” kata Lukman.
Menurutnya lagi, mungkin dia seorang yang menakutkan tetapi apabila ditanya sama ada mereka rasa dibuli dan dianiaya, pelajar-pelajar tersebut menjawab tidak.
Guru mata pelajaran Teknik Rangkaian Komputer itu turut meminta maaf atas tindakannya serta kesembilan pelajar tersebut juga telah memaafkannya.
“Dengan hati yang tulus, saya meminta maaf jika saya telah menyakitkan hati kamu semua. Adakah kalian menerima maaf saya?” tambahnya dalam rakaman itu.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments