loading...

Buat kali kedua, Yusof Haslam dilantik pantau SPRM bantu tangani rasuah

Pemilik syarikat Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam dilantik menjadi ahli Panel Perundingan Pencegahan Rasuah (PPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat kali kedua semalam.

Menerusi laporan Malaysiakini, pelantikannya itu adalah bagi membantu menangani rasuah dalam semua bidang walaupun beliau dari latar belakang perfileman.

“Terima kasih atas pelantikan ini & pihak yang telah memberi kepercayaan kepada saya. Saya dilantik bukan khusus untuk pantau bidang perfileman semata-mata, tapi merangkumi semua bidang secara umum,” katanya.

Kali pertama pelakon dan penerbit drama siri Gerak Khas itu menganggotai PPPR adalah empat tahun lalu ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Memetik laporan Malaysia Gazette pula, seramai 12 ahli PPPR berkuat kuasa 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2022 dilantik oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara pentadbiran.

Selain mereka, turut dilantik adalah tujuh ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan lima ahli Panel Penilaian Operasi, melibatkan individu daripada pelbagai bidang.

KENYATAAN MEDIA SPRM24 AHLI BADAN BEBAS SPRM TERIMA SURAT CARA DAN PELANTIKAN HARI INISERAMAI tujuh ahli Lembaga…

Posted by SPRM on Tuesday, June 30, 2020

Sumber : Malaysiakini , Malaysia Gazette



Sumber: Buat kali kedua, Yusof Haslam dilantik pantau SPRM bantu tangani rasuah

Post a Comment

0 Comments