Mungkin ramai yang sudah mengenali Jojie Aminuddin, antara individu yang menjadi tulang belakang dalam bidang seni ratu rock Malaysia, Ella.
Bagi yang mengikuti Instagram Jojie, pasti ada yang perasan akan seorang budak perempuan kecil berkulit putih gebu. Itulah dia Maryam, anak angkatnya bersama suami, Syahrizal Ismail.
Maryam juga mempunyai akaun IG sendiri dan pengikutnya juga boleh tahan ramai, iaitu sebanyak 12.4 ribu. Keletahnya yang bijak dan wajah yang comel membuatkan ramai yang terhibur.








Malah, ramai yang memuji walaupun Maryam masih kecil namun sudah kelihatan cantik, dengan mata bulat dan senyumannya yang manis, saling tak tumpah seperti wajah Jojie yang masih kekal jelita.




Semoga Maryam menjadi anak yang solehah bila dewasa nanti, agar kecantikan yang dimilikinya seiring dengan peribadinya kelak.
Sumber : Jojie Aminuddin & Yang Maryam
Sumber: Macam muka patung, netizen puji anak perempuan kakak Ella kecil2 dah cantik
0 Comments