loading...

Ada kek dan pulut kuning, KDYMM Agong dapat kejutan dari warga Istana

Hari ini merupakan Hari Keputeraan KDYMM Baginda Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Oleh hal yang demikian, menerusi Instagram Istana Negara, baginda telah menerima kejutan daripada warga istana dengan sebuah kek dan juga pulut kuning.

Kejutan yang diiringi dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ dan nyanyian lagu itu turut memeriahkan lagi kejutan hari keputeraan buat baginda yang ke-61.

Kejutan tersebut berlangsung ketika Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong bersedia untuk berangkat pulang ke Kuantan, Pahang.

Sumber: Istana Negara



Sumber: Ada kek dan pulut kuning, KDYMM Agong dapat kejutan dari warga Istana

Post a Comment

0 Comments