loading...

Bukan warganegara, Mat Dan luah rasa sedih tak dapat tunai solat Jumaat

Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilonggarkan, solat Jumaat sudah mulai dibenarkan dengan jumlah tertentu mengikut keluasan masjid.

Namun, pihak kerajaan masih belum membenarkan warganegara luar untuk menunaikan solat Jumaat dan hanya diberi keutamaan kepada mereka yang berwarganegara Malaysia terlebih dahulu.

Oleh hal yang demikian, selebriti media sosial yang juga warganegara British, Mat Dan dilihat meluahkan rasa sedih apabila tidak berpeluang menunaikan ibadah tersebut pada hari ini di Instagaram miliknya.

Dia tidak dibenarkan memasuki masjid kerana bukan warganegara walaupun sudah menetap di Malaysia lebih daripada 10 tahun dan fasih berbahasa Melayu loghat Terengganu.

Dalam video yang dimuat naik di laman sosialnya, Mat Dan mengakui sedih apabila tidak berjaya memasuki masjid walaupun sudah tunggu di perkarangan sejak jam 12 tengahari lagi hanya disebabkan dia bukan warga tempatan.

“Agak sedih hari ini. Pukul 12 saya tunggu di masjid rumah saya dan abang Rela kita tak bagi masuk. Bukan sebab penuh ke, tak ikut SOP, semua ada tapi sebab bukan warganegara.”

Namun, Mat Dan tetap redha dengan apa yang berlaku dan sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota Rela yang bertugas  dan juga masyarakat yang sama-sama memberikan pandangan berkenaan isu tersebut.

“Terima kasih kepada abang Rela dan minta pandangan masyarakat. Saya faham kita kena utama rakyat Malaysia. Tapi come on lah. Saya ikut SOP.”

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di Instagram Mat Dan. Kebanyakkannya menzahirkan rasa simpati diatas apa yang berlaku dan memahami perasaan dia yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat kerana perlu patuh dengan SOP yang ditetapkan.

Sumber: Mat Dan



Sumber: Bukan warganegara, Mat Dan luah rasa sedih tak dapat tunai solat Jumaat

Post a Comment

0 Comments