loading...

Ismail Sabri lawat mural gergasi, beri penghargaan pada pelukis

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat mural gergasi yang memaparkan potret pemimpin negara termasuk beliau di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 dekat Shah Alam, hari ini.

Perkara tersebut dikongsi di Facebook Harian Metro, selain posting melalui group Shah Alam Residents yang memaklumkan ketibaan Ismail Sabri pada jam 4 petang.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melawat mural gergasi yang memaparkan pemimpin negara termasuk potret beliau di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 Shah Alam. FOTO Faiz Anuar

Posted by Harian Metro on Sunday, July 19, 2020

“Jom kita sama-sama meraikannya. Yang penting kena ikut dan jaga SOP,” tulis posting tersebut.

Tinjauan di InstaStory pelukis mural iaitu Muhamad Firdaus Nordin mendapati, orang ramai dilihat mengambil peluang untuk bergambar bersama pemimpin yang mendapat jolokan ‘Pak Long’ itu.

Menerusi InstaStory seorang lagi pelukis Muhammad Suhaimi Ali, kelihatan Ismail Sabri menyerahkan cenderamata sebagai penghargaan kepada pelukis tersebut.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut mengabadikan kenangan bersama portret masing-masing.

Sumber : Harian Metro (Faiz Anuar) , Shah Alam Residents , Firdaus Nordin , Suhaimi Ali



Sumber: Ismail Sabri lawat mural gergasi, beri penghargaan pada pelukis

Post a Comment

0 Comments