Sidang Dewan Rakyat sejak beberapa hari ini dilihat panas apabila pelbagai kontroversi telah berlaku. Ia turut dihangatkan lagi dengan penularan potongan-potongan video sepanjang sesi tersebut berlangsung.
Salah satu video yang tular adalah mengenai pembetulan bacaan sepotong hadis oleh salah seorang ahli parlimen yang dilakukan oleh Dr Maszlee Malik yang juga ahli parlimen Simpang Renggam.
Dalam muat naik yang dilakukan oleh Shukri Mokhtar di Twitter satu video yang memaparkan sedikit pembetulan mengenai potongan hadis telah dilakukan oleh Dr maszlee dengan menjelaskan bahawa potongan hadis tersebut mempunyai sambungannya lagi.
Namun perkara tersebut dinafikan oleh ketua Dewan Ulama PAS, Nik Zawawi Salleh dengan mendakwa potongan yang dibaca ahli parlimen Pontian adalah hadis lain dan bukan seperti yang didakwa Dr. Maszlee.
Confident, Ketua Dewan Ulama PAS Nik Zawawi. Terceduk 😂 https://t.co/r1IOu4mNIH pic.twitter.com/eG8PCBTcT6
— Shuk Wenruo (@shukrimokhtarr) July 14, 2020
Walau bagaimanapun, ia masih diterangkan oleh Dr Maszlee sehingga perdebatan tersebut dileraikan. jadi, menerusi video tersebut, seorang pakar hadis dikenali sebagai Dr Ustaz Rozaimi Ramlee telah menghuraikan serba sedikit mengenai hadis yang dinyatakan itu.
Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai dengan meminta agar pihak Nik Zawawi menerima apa yang dinyatakan oleh Dr Maszlee berikutan beliau juga merupakan seorang yang mahir dalam perkara berkaitan hal tersebut.
Justeru itu, mereka mulai meminta agar Nik Zawawi cuba menurunkan ego dan mengucapkan terima kasih kerana bacaan tersebut dibetulkan oleh Dr Maszlee.
Sumber: Shukrimokhtar, Dr. Ustaz Rozaimi Ramlee
Sumber: Ketua Dewan Ulama PAS ‘terciduk’ bacaan hadis ditegur Dr. Maszlee
0 Comments