Baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran baru-baru ini, Amyra Rosli telah memuat naik gambar anak sulungnya, Aqeef Anaqi dalam keadaan tangan berbalut di Instagram.
Sudah pasti gambar tersebut membuatkan para peminat pelakon utama drama Nur itu tertanya-tanya apa yang berlaku terhadap Anaqi sehingga mengalami kecederaan yang agak membimbangkan.
Dalam kapsyen yang dinyatakan Amyra, dia memberitahu bahawa anaknya sedang dalam fasa aktif kerana sudah memasuki usia 2 tahun 10 bulan.
Walau bagaimanapun, kecederaan tersebut tidak begitu serius dan Anaqi juga berada dalam keadaan stabil.
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Instagram Amyra dengan mendoakan agar anaknya lekas sembuh. Mereka juga turut berkongsi kisah tentang anak-anak mereka yang turut sama sedang aktif seperti Anaqi.
Sumber: Amyra Rosli
Sumber: Anak bujang tengah lasak, Amyra Rosli muat naik tangan Anaqi cedera berbalut
0 Comments