loading...

Teringin nak jadi wira negara? Ini 4 cara patriotik yang boleh diamalkan anak Malaysia

Suka ataupun tidak, penduduk dunia perlu menerima hakikat bahawa wabak pandemik COVID-19 ini tidak akan hilang dengan mudah dan perlu akur untuk hidup dengannya.

Oleh itu, kerajaan sering kali menegaskan agar rakyat Malaysia dapat mengamalkan serta memperkasakan pembudayaan norma baharu bagi memastikan rantaian COVID-19 ini dapat diputuskan.

Sebab tu, dah tak boleh nak leka & alpa macam dulu-dulu!

Sampai bila nak kena hidup dengan virus ni?

Persoalan ini hanya boleh terjawab apabila setiap individu dalam masyarakat dapat memainkan peranan dengan serius bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Langkah ini bukan sahaja boleh menyelamatkan nyawa orang lain, bahkan dapat meringankan beban tugas para frontliner! Impaknya juga besar kepada negara terutamanya dalam sektor ekonomi.

Fuhhh, tugas pun dah setanding dengan wira-wira negara!

Walaupun sudah banyak yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat, namun kita semua diseru untuk terus patuh kepada SOP yang sedia. Pakai mask, jaga penjarakan sosial, penggunaan hand sanitizer dan sentiasa cuci tangan dengan kerap.

Tunggu dulu, bukan itu sahaja sebenarnya!

Paling penting, setiap lapisan masyarakat perlu bekerjasama dan menganggap diri sendiri sebagai petugas barisan hadapan  dengan mengamalkan pembudayaan norma baharu.

Ini barulah betul #kitajagakita!

Kepada korang yang baru pulang dari luar negara, jangan pentingkan diri untuk tidak self-kuarantin di rumah. Sikap tak prihatin ini bakal meletakkan negara dan rakyat pada tahap bahaya.

Selain itu, pastikan korang melakukan saringan suhu di setiap pintu masuk mana-mana premis dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Elakkan ke kawasan berisiko jangkitan yang mempunyai rekod kes atau kluster Covid 19. Kepada yang menerima surat kuarantin perintah pengawasan dan pemerhatian pastikan korang patuhi arahan. Tahan diri kejap dari nak keluar ke mana-mana!

Selalu je kita dengar kepentingan penjarakan fizikal, namun kita selalu terleka. Korang perlu elakkan tempat yang sesak, sempit serta tertutup dan sembang terlalu dekat.

Pastikan korang  menjaga jarak 1 meter, kerana Covid-19 tersebar melalui titisan pernafasan apabila bercakap, bersin dan batuk.

Amalkan jarak 1 meter walau di mana sahaja korang berada seperti di pasar raya, menaiki kemudahan awam, beratur di ATM, membuat urusan di stesen minyak, membeli ubat di farmasi, serta ketika makan di restoran. 

Korang haruslah sentiasa amalkan perlindungan diri setiap kali keluar iaitu Wash, Wear dan Warn.

  • WASH : Pastikan korang kerap mencuci tangan dengan sabun dan hand sanitizer.
  • WEAR : Pakai pelitup muka setiap kali keluar rumah.
  • WARN : Dilarang bersalaman dan bersentuhan. Amalkan etika batuk dan bersin yang betul serta lakukan disinfeksi serta jika bergejala segera dapatkan rawatan.

Hanya 4 langkah mudah je, korang semua boleh jadi hero negara. Tidak mustahil sebenarnya COVID-19 boleh hilang dari muka bumi tetapi memerlukan kerjasama utuh daripada semua orang.

Walaupun kes COVID-19 di Malaysia tak seteruk negara lain, kita semua tidak boleh alpa dan leka dengan situasi yang dihadapi oleh negara.

Jangan lupa klik di sini untuk tahu dengan lebih lanjut tentang info sihat COVID-19.



Sumber: Teringin nak jadi wira negara? Ini 4 cara patriotik yang boleh diamalkan anak Malaysia

Post a Comment

0 Comments