loading...

“Kehilangan orang paling aku sayang..” – Nenek Hafizh Syahrin meninggal dunia

Pemergian arwah nenek tersayang, Arbaieah Mohammed mengundang kesedihan mendalam buat pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin.

Menerusi laman Instagram, Hafizh berkata arwah yang merupakan insan paling disayangi itu menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8.22 pagi tadi.

Menurut pelumba berusia 26 tahun itu, dia menyifatkan Allahyarham kuat ketika membesarkan dan memberi kasih sayang kepadanya selain menjaga 15 cucu dalam masa yang sama.

“Hanya kenangan je sekarang nenek tinggalkan untuk Apis. Terima kasih nenek membesarkan Apis dan menjaga 15 cucu dalam masa yang sama nenek memang sangat kuat.
“Terima kasih nenek tunggu Apis balik, sangat berat nak terima benda ni tapi Apis reda dengan kentetuanNya. Allah lebih sayangkan nenek.
“Nenek rehat la cukup2 di alam sana ye. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin,” kongsinya.

Bagaimanapun, pelumba berasal dari Selangor itu tidak berkongsi butiran lanjut mengenai punca neneknya meninggal dunia.

Rata-rata pengikutnya mengambil kesempatan mengucapkan takziah serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Sumber : Hafizh Syahrin



Sumber: “Kehilangan orang paling aku sayang..” – Nenek Hafizh Syahrin meninggal dunia

Post a Comment

0 Comments